Selamat Tahun Baharu 2024 1 January 2024
2024; kita bermula semula. Untuk tahun 2023, segala apa yang telah dilalui sentiasa menjadi pelajaran bermakna. 2023 bukanlah tahun yang boleh dibanggakan untuk diri kami sendiri, tapi banyak daripada bahagian 2023 membuka jalan untuk tahun yang baharu ini.
Masharakat Chantek menjadi satu-satunya penerbitan asli kami tahun lalu, selain lima belas perbincangan yang kami sempat adakan baik secara bersemuka atau rakaman sepanjang tahun. Sedikit sekali. Dan yang kami harus lebih peka juga bagaimana perbincangan-perbincangan ini boleh melimpahkan manfaatnya pada komuniti pada masa akan datang.
Pembangunan koleksi kami juga berkembang dengan perlahan. Ada sesuatu yang menghambat tetapi ya, kita perlu bermula semula untuk tahun baharu ini.
Apa yang membahagiakan kami senantiasa ialah kawan yang kian bertambah, tidak kira kawan itu adalah dalam kalangan pelanggan sendiri — yang sentiasa memberi sokongan walau terkadang tak pernah bersua muka, kawan strategik dalam perniagaan dan industri, termasuk juga kawan-kawan baharu dalam wacana keilmuan dan aktivisme kebudayaan.
Maka berbekal apa yang ada pada 2023, kita akan bermula semula pada tahun baharu ini. Moga Kawah Buku tidak pernah menanggalkan mimpi dan tugasnya sebagai ‘cultural producer’ dan ‘the middleman of literature’ dalam komuniti dan masyarakat.
Moga 2024 lebih baik untuk kita semua. Terima kasih untuk sokongan teman-teman. Ayuh kita mula semula.
Newsroom
THE LATEST NEWS AND UPDATES, DIRECT FROM KAWAH BUKU.