Kawah Buku Menyertai Bazaar Made in KL By: • 27 August 2025 • Announcements

Kawah Buku akan menyertai Bazaar Made in KL, sebuah acara perbukuan alternatif di Semua House Kuala Lumpur pada 30 Ogos sehingga 1 September, sebagai salah satu pempamer. Acara ini diadakan bersempena cuti Hari Kemerdekaan 2025. Selain Kawah Buku, terdapat sebilangan rakan kedai buku, kolektif seni dan kraf turut bersama-sama memeriahkan acara ini.

Kawah Buku akan berada di meja bernombor 23. Semua rakan-rakan pembaca Kawah Buku dijemput hadir memeriahkan acara jualan buku alternatif ini. Sebarang maklumat boleh terus berhubung secara langsung menerusi talian atau WhatsApp ke +6011-10229081.