Kawah Buku Menyertai KLAB 2025 By: • 28 January 2025 • Announcements

Kawah Buku akan menyertai Kuala Lumpur Alternative Bookfest 2025 (KLAB 2025) anjuran Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) bermula 29 Januari sehingga 2 Februari, bertempat di Central Market, Kuala Lumpur. Penyertaan untuk kali kedua ke dalam acara perbukuan alternatif ini turut membawakan dua judul baharu terbit iaitu Sosiologi Rasuah (Syed Hussein Alatas) dan Manikam Budi (Faisal Tehrani).

Kawah Buku akan berjualan di reruai no. 6 bersama sejumlah pedagang buku lainnya. Kami menjemput semua pembaca untuk hadir memeriahkan reruai buku di Central Market dan menikmati potongan harga istimewa bersempena KLAB 2025.