Kawah Buku dan COVID-19 18 July 2021
KEMASKINI – 22 DISEMBER 2023
Berikutan bilangan kes jangkitan COVID-19 menunjukkan angka peningkatan semenjak bulan November, Kawah Buku ingin mengingatkan kepada semua agar mengambil langkah berjaga-jaga, memakai pelitup muka jika wujudnya sebarang simptom, menghadiri saringan di pusat-pusat kesihatan berdekatan dan cuba menjauhi dari tempat-tempat yang mempunyai kadar bilangan manusia yang ramai.
Setakat ini Kawah Buku masih belum merasakan ada keperluan untuk menutup premis Mandala. Namun begitu, kami mengikuti rapat perkembangan dan pengumuman daripada pihak Kementerian Kesihatan semasa ke semasa.
KEMASKINI — 24 FEBRUARI 2022
Dimaklumkan Mandala Kawah Buku ditutup sepanjang LIMA hari (24 Feb – 1 Mac) berikutan berlakunya kontak rapat dengan kes positif COVID-19. Kemaskini pengoperasian Mandala akan dibuat dari masa ke semasa menerusi semula saluran media sosial Kawah Buku.
KEMASKINI — 10 SEPTEMBER 2021
Berikutan bertukarnya Selangor ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, tatacara piawai yang dikemaskini oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 9 September telah memberi ruang untuk Mandala sebagai entiti kedai buku beroperasi secara langsung tanpa syarat vaksin. Butiran tatacara piawai ini boleh dirujuk pada halaman ke-28 Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 di sini.
Justeru, pembaca dialu-alukan untuk bertandang ke pojok buku kami dengan pematuhan tatacara piawai yang telah ditetapkan. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian +6011-1022 9081.
18 JULAI 2021
Menurut kenyataan media oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Timbalan Perdana Menteri bertarikh 15 Julai 2021, kedai buku telah dibenarkan dibuka dan beroperasi seperti biasa bermula 16 Julai, setelah mengambil kira keperluan para pelajar dan mahasiswa untuk memperolehi bahan ulang kaji dan bacaan bagi proses pembelajaran atas talian.
Kendatipun demikian, Kawah Buku mengambil keputusan untuk membuka kembali operasi Mandala dengan sekatan bersyarat, iaitu lawatan hanya boleh dibuat menerusi janji temu sahaja (by-appointment basis) sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Keputusan ini sekurang-kurangnya efektif sepanjang Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
Janji temu boleh dilakukan menerusi salah satu saluran berikut:
Telefon: +6011-1022 9081
Emel: support@kawahbuku.com
Media sosial: Facebook, Twitter, Instagram (@kawahbuku)
Newsroom
THE LATEST NEWS AND UPDATES, DIRECT FROM KAWAH BUKU.