Ep3 – Sebelum Melaka: Berdamai Dengan Masa Lalu | Menjadi Malaysia 13 November 2020

Episod 3 siri Menjadi Malaysia masih dalam perbincangan di era sebelum Melaka. Azan dan Mad Koy cuba merungkai persoalan kewajaran sukatan sejarah di sekolah-sekolah Malaysia memberi tumpuan yang seimbang kepada kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha yang wujud pra-Melaka. Menyedari bahawa sejarah adalah suatu bidang yang “fiercely contested“, keinginan untuk melihat sejarah Malaysia secara adil adalah suatu yang tidak senang untuk direalisasikan. Walau bagaimanapun, pembicara menganjurkan keperluan untuk kita berdamai dengan masa lalu dan memeluk kepelbagaian yang mewarnai sejarah Malaysia.

Narasumber

Ruhan Shahrir adalah sarjana-aktivis, penulis dan pemerhati politik nasional.

Azan Safar adalah pendiri Kawah Buku.