Out of stock

Bidadari Burung: Kumpulan Cerpen

S.M. ZAKIR adalah penerima S.E.A. Write Award 2011.

ITBM & PENA (Cetakan Pertama, 2015)
168 halaman

RM20.00

Out of stock

Product ID: 26739 Subject: Sub-subjects: ,
Brand: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

Bidadari Burung merupakan sebuah kumpulan cerpen karya S.M. Zakir yang mengandungi 12 buah cerpen. Sebenarnya cerpen-cerpen yang termuat dalam kumpulan cerpen ini dipilih dan dikumpulkan atas tujuan penterjemahan ke bahasa Inggeris, setelah penulis menerima S.E.A. Write Award pada tahun 2011. Melihat kepada tujuan cerpen-cerpen ini dipilih untuk penterjemahan ke bahasa Inggeris, maka terlihat keberagamannya baik dari segi tema, gaya, bentuk dan bahasanya. Cerpen-cerpen ini juga sebagai mewakili period penulisan S.M. Zakir sepanjang dua dekad. Walaupun ia mungkin tidak mewakili keseluruhannya tetapi setidak-setidaknya ia dapat memberi gambaran tentang perjalanan kepengaranganpenulis secara umum.

Dari segi pemilihan cerpen, selain daripada mewakili perjalanan kepengarangan ia juga melihat kepada aspek cerita yang dapat dibawa keluar dari konteks bacaan tempatan. Dalam kata lain, pemilihan cerpen juga melihat kepada bagaimana sesebuah cerpen itu dapat memberikan ‘pemandangan’ dan persepsi tentang cerita serta pemikiran penulis Melayu apabila dibaca oleh pembaca luar negara terutamanya pembaca yang tidak memahami bahasa Melayu. Maka cerpen-cerpen yang dipilih seboleh mungkin adalah cerpen yang membawa tema yang memperihalkan suasana budaya, pemikiran dan isu masyarakat Malaysia, khususnya bangsa Melayu. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa keberagaman ini memang disengajakan dalam upaya untuk membina titik kesejagatan dalam kumpulan cerpen ini.

Prakata

1. Fatamorgana

2. Malam Bertangkup di Aidilfitri

3. Hikayat, Pulau dan Lelaki

4. Cinta Si Pemain Pedang

5. Dewa Cinta

6. Panggil Namaku Izrail

7. Langit Putih di Bogor

8. Dang Sari Padi Menguning

9. Gambar-gambar yang Bergerak di Wayang

10. Moluska

11. Cerita untuk Teman-teman

12. Bidadari Burung

Weight0.189 kg
Dimensions18.5 × 13.4 × 1.2 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

,

Year Published

2012

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-2 of 2 reviews
  1. (0) (0)
  2. sangat bagus

    (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Dunia Lelaki

    Dunia Lelaki

    RM30.00
  • Rumah Kupu-kupu

    Rumah Kupu-kupu

    RM25.00
  • Daerah Orang-orang yang Telah Mati

    Daerah Orang-orang yang Telah Mati

    RM28.00
  • Ikarus

    Ikarus

    RM30.00