Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah

MAWAR SAFEI adalah penerima S.E.A. Write Award pada tahun 2018.

DBP (Cetakan Pertama, 2025)
x + 169 halaman

RM23.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834947972 Product ID: 48549 Subject: Sub-subject:
GTIN: 9789834947972
Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah merupakan sebuah kumpulan cerpen oleh Mawar Safei, menghimpunkan cerpen-cerpen yang telah disiarkan dalam beberapa wadah penerbitan merangkumi tema yang pelbagai. Sebahagian besarnya menyentuh persoalan kasin sayang sejagat, persahabatan, bahasa, sastera, agama dan kehidupan secara keseluruhannya. Kumpulan cerpen ini memperihatkan keistimewaan pengarangnya membaurkan persoalan-persoalan menjadi sebuah cerpen yang lengkap dari aspek strukturalnya mahupun dari aspek makna serta mesej yang disampaikan. Kumpulan cerpen ini pada hakikatnya ialah sebuah dekonstruksi, dan seperti layaknya sebuah dekonstruksi, maka ia merupakan antara das sollen, apa yang benar-benar terjadi, dan das sein, apa yang seharusnya terjadi. Titik berat das sein adalah nilai-nilai yang baik sebagai perwujudan daripada superego, dengan fungsi untuk menekan id, iaitu sifat-sifat nakal. Apabila id dibiarkan, dunia akan berantakan, namun apabila superego terlalu banyak menekan id, maka kehidupan akan kehilangan dinamiknya. Mawar Safei sebagai pengarang telah berusaha untuk menjaga keseimbangan. Hal ini demikian kerana dunia tidak kelihatan seratus peratus bersih disebabkan wujudnya keinginan. Keseimbangan inilah yang berfungsi menyeimbangkan antara kenakalan id dan kesolehan superego.

Selanjutnya, yang terhimpun dalam kumpulan cerpen ini adalah dominasi renungan sebagai perwujudan daripada syarat lain yang diajukan oleh Rene Wellek dan Austin Warren, iaitu disinterested contemplation: kontemplasi atau renungan bukan untuk kepentingan diri sendiri, tapi demi kemaslahatan dunia fiksi sebagai sarana pencerahan fikiran dan perasaan umat manusia. Justeru renungan adalah renungan, maka Mawar Safei sebagai pengarang bukan hanya terlibat dalam male-female roles, tapi juga dalam mate-male roles: “aku” bisa bernama Hanafi, dan “aku” juga adalah Razak Hassan Abdul Muiz.

Kata Pengantar

1. Antara Angin, Antara Cinta
2. Antara Cinta Mulia
3. Antara Garis A’araf
4. Antara Rindu Xiang Si Dou
5. Antara Tikungan yang Aneh
6. Benarlah Kata Angin itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan
7. Bila Primadona Bicara tentang Bencana
8. Cerita dari Tiga Jendela
9. Cerita Si Kembang Cina
10. Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah
11. Di Langit Thursina, Ada Bintang yang Menunjuk Arah
12. Dia dari Penjuru Tahun Lalu
13. Hadiah Hanafi
14. Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah
15. Petala Rengsa dalam Dada
16. Saat Tali Busur Merentang
17. Sedang Malaikat Berdoa
18. Tamsil Daun
19. Tiba-tiba Ada Mawar dalam Jiwa
20. Valija, Saya Mahu Dekat dengan-Nya

Weight0.24 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Haruki Murakami dalam Kesusasteraan Melayu

    Haruki Murakami dalam Kesusasteraan Melayu

    RM28.00
  • Kesusasteraan Melayu Moden, 1990-1999

    Kesusasteraan Melayu Moden, 1990-1999

    RM65.00