Dinasti Bugis dalam Sejarah Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga bertujuan untuk menerangkan, membincangkan dan menganalisis tentang sejarah pengaruh masyarakat Bugis di Semenanjung Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis dalam empayar Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Buku ini juga menjelaskan bagaimana dan mengapa masyarakat Bugis yang berasal dari Semenanjung Sulawesi Selatan migrasi secara besar-besaran ke bahagian barat Kepulauan Alam Melayu iaitu di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Sumatera pada akhir abad ke-17 Masihi. Penyebaran tersebut telah mempengaruhi sistem pentadbiran beberapa buah kerajaan di bahagian barat Kepulauan Alam Melayu termasuklah Kerajaan Johor. Buku ini menganalisis latar belakang kesemua sepuluh orang Yang Dipertuan Muda Bugis, cara pentadbiran mereka dan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pentadbiran mereka, terutamanya bersumberkan Kitab Tuhfat al-Nafis karangan sarjana ulung dalam kalangan kerabat mereka iaitu Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad.
Dinasti Bugis dalam Sejarah Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga
MUHAMMAD HAFIZ SAMSUDIN merupakan penulis sejarah dan juga guru al-Quran yang memegang tauliah MAIS.
Kenyalang Press (Cetakan pertama, 2024)
vii + 167 halaman termasuk Bibliografi
RM35.00
Only 1 left in stock
PRAKATA
PENGHARGAAN
SENARAI KEPENDEKAN
1 PENGENALAN MENGENAI ETNIK BUGIS, KESULTANAN JOHOR DAN PENGLIBATAN AWAL MASYARAKAT BUGIS DALAM KESULTANAN JOHOR.
-Etnik Bugis: Latar Belakang, Kerajaan dan Faktor Penyebaran
-Pengenalan Sejarah Kesultanan Johor
-Sejarah Penglibatan Orang Bugis dalam Kesultanan Johor
-Rumusan
2 SEJARAH PENUBUHAN DINASTI YANG DIPERTUAN MUDA DAN PENUBUHAN KESULTANAN RIAU-LINGGA
-Pengenalan
-Lima Orang Putera Bugis Bersaudara & Penubuhan Dinasti YDPM Bugis
-Senarai Penyandang Jawatan Yang Dipertuan Muda Bugis dan Peristiwa-peristiwa yang Berlaku pada Zamannya
-Kesulatanan Riau-Lingga
-Rumusan
3 SUMBANGAN DAN LEGASI DINASTI YANG DIPERTUAN MUDA BUGIS
-Pengenalan
-Mengukuhkan Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga
-Mengukuhkan Syiar Islam dan Memperkayakan Khazanah Kebudayaan, Persuratan dan Kesusasteraan Melayu-Islam
-Menghubungkan Kesultanan di Kepulauan Alam Melayu
-Rumusan
4 PENUTUP
BIBLIOGRAFI
| Weight | 0.2 kg |
|---|---|
| Dimensions | 20 × 13 × 1.5 cm |
| Author(s) | |
| Class | Book |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2024 |











Reviews
There are no reviews yet