Guar Kepah: Sejarah, Arkeologi dan Kelestarian Warisan menghimpunkan kronologi lengkap penyelidikan arkeologi sejak abad ke-19 hingga kini, termasuk kajian saintifik terkini, libat sama komuniti dan cabaran dalam usaha pemeliharaan tapak warisan. la menyajikan naratif yang menyentuh, berpaksikan fakta dan diperkaya dengan visual menarik yang menjadikan pembacaan bukan sahaja informatif, malah mengasyikkan.
Terletak di pesisiran Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Guar Kepah bukan sekadar sebuah tapak arkeologi—ia adalah pintu masa yang membongkar rahsia kehidupan prasejarah di utara Semenanjung Malaysia. Dengan penemuan rangka Wanita Pulau Pinang yang berusia lebih 5,000 tahun dan ratusan artifak berharga, tapak ini mengukuhkan kedudukannya sebagai antara warisan arkeologi terpenting negara.











Reviews
There are no reviews yet