Out of stock

Hikayat Merong Mahawangsa

Disusun dan diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris dengan judul The Kedah Annals oleh JAMES LOW

Terjemahan semula kepada Bahasa Melayu oleh JOHAN AHMAD

Penerbitan Jentayu (Cetakan pertama, 2025)
xiii + 213 halaman

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9786299541226 Product ID: 48157 Subject: Sub-subjects: , , ,
GTIN: 9786299541226
Brand: Penerbitan Jentayu

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah terjemahan daripada manuskrip yang disalin dan diterjemah oleh James Low, yang dikatakan sama dengan apa yang ditulis oleh jurutulis Kesultanan Kedah dahulu. Dikhabarkan bahawa teks asal ini terbakar semasa serangan tentera Siam pada tahun 1821 dan hanya naskah James Low sahaja yang sempat dibawa lari. Teks ini mempunyai banyak perbezaan di antara naskah-naskah yang terkemudian. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan suatu naskhah tentang bagaimana sejarah negeri Kedah ini bermula. Ia menceritakan bagaimana pengasas kepada kerajaan ini, Merong Mahawangsa sebagaimana nama hikayat ini memulakan perjalanan dari negara Rom menuju ke China sebelum kapalnya dilanda badai hingga mendamparkannya ke sebuah tempat yang tidaklah begitu asing buat dirinya. Pelayaran yang sebenarnya ingin menyatukan pasangan antara dua negara, dua benua, Rom dan China.

Selain itu, ia turut menceritakan mengenai beberapa kisah berkaitan dengan beberapa kerajaan di Nusantara yang dikaitkan juga dengan Kedah seperti Siam, Perak dan Patani. Pembaca akan dijamu bagaimana ketiga-tiga kerajaan tersebut memperoleh namanya dalam hikayat ini. Apa yang menarik mengenai naskah ini adalah terdapat beberapa ulasan di akhir setiap bab yang diulas oleh James Low sendiri tentang apa-apa bukti yang boleh menunjukkan sama ada cerita yang diceritakan itu benar atau tidak. Kebanyakan daripada cerita dalam hikayat ini terbukti kebenarannya. Ia telah dikaji dengan sedalamnya oleh James Low sendiri melalui pemerhatian di lapangan dan juga manuskrip-manuskrip yang berkaitan.

Weight0.25 kg
Dimensions21 × 14 × 1.7 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Pelayaran dan Pengembaraan Ferdinand Magellan ke Kepulauan Rempah

    Pelayaran dan Pengembaraan Ferdinand Magellan ke Kepulauan Rempah

    RM45.00
  • Perak Masa Lalu: Memoir Kolonial British Sekitar Akhir Abad ke-19 dan Awal Kurun ke-20

    Perak Masa Lalu: Memoir Kolonial British Sekitar Akhir Abad ke-19 dan Awal Kurun ke-20

    RM30.00