Idealisme Politik Membangun Malaysia Madani: Visi,Cabaran dan Pelan Strategik membuat penelitian terhadap pemikiran politik yang terungkap atas nama Masyarakat Madani. Pemahaman tentang Masyarakat Madani terlebih dahulu dinilai dari sudut idealisme poilitik dengan menilai pengaruh agama dan nilai terhadap falsafah ideologi, gelombang dan aliran utama ideologi falsafah politik dalam tamadun manusia. Perbincangan selanjutnya menelusuri perkembangan dan model bagi Masyarakat Sivil dan Masyarakat Madani serta perbandingan antara kedua-duanya. Kajian ini kemudiannya mengaplikasikan beberapa pemahaman Masyarakat Madani dalam konteks pengalaman politik Malaysia. la bermula dengan melihat susurgalur kewujudan parti parti politik di Malaysia, susur-galur Masyarakat Madani sebagai idealisme politik di Malaysia, realiti penghayatannya, dan sikap parti politik Malaysia terhadapnya. Sentuhan yang agak mendalam juga dibuat dalam konteks perspektif Masyarakat Madani terhadap penggunaan ISA, proses globalisasi dan beberapa persoalan semasa. Kajian kemudiannya menggariskan cabaran-cabaran utama dalam merealisasikan serta langkah-langkah merealisasikan Masyarakat Madani.
Idealisme Politik Membangun Malaysia Madani: Visi,Cabaran dan Pelan Strategik
MUSTAFFA KAMIL AYUB ialah ahli politik veteran, dan pernah menjawat sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat.
IIUM Press (Ulang cetak, 2024)
xx + 212 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM45.00
Only 1 left in stock
Prakata
Pengantar
1. Muqaddimah — Konsep Malaysia Madani
2. Tinjauan Awal Mengenai Masyarakat Madani
3. Idealisme Politik dan Konsep Masyarakat Madani
4. Masyarakat Madani dan Pengalaman Politik Malaysia
5. Masyarakat Madani ke Arah Proses Globalisasi Manusiawi
6. Merealisasikan Masyarakat Madani Malaysia
7. Ekonomi Manusiawi Landasan Pembangunan Malaysia Madani
8. Masa Depan Masyarakat Madani
Rujukan
Indeks
| Weight | 0.354 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.8 × 15.3 × 1.3 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2023 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In











Reviews
There are no reviews yet