Kenangan Luka merupakan autobiografi Sybil Kathigasu, seorang jururawat dan bidan yang melawan ketumbukan Jepun saat pecah Perang Dunia Kedua di Malaya. Sybil Kathigasu tidak hanya menggalas khidmat sebagai jururawat dan bidan, namun wirawati negara saat pecah perang itu sehabis kudrat membenteng tanah air daripada cengkaman Matahari Terbit yang menggilai darah dan air mata Malaya. Wanita Serani yang fasih berbahasa Kantonis, Sybil berkhidmat di Ipoh sebelum berpindah ke Papan saat Tanah Melayu ditempik Nippon. Tak terpacul walau sedetik ketakutan bertentang mata dengan Kempeitai, Sybil mengumpul dan memberi khabar berita kepada anggota gerila dan gerakan anti-Jepun, malah kepakarannya dalam perubatan serba sedikit memperkuat benteng melawan kedurjanaan si Jepun. Tak sedikit bahana menimpa—dia diseksa tanpa belas kasihan, anaknya hampir dipanggang dan tubuh wanitanya dihunus timbunan derita; perjuangan Sybil menyala-nyala, sehinggalah penyerahan kuasa Jepun kepada British pada Ogos 1945. Beliau telah dianugerahi pingat jasa George Medal oleh Raja George VI.
Kenangan Luka
SYBIL KATHIGASU (1899–1948) berkhidmat sebagai bidan dan jururawat sewaktu kemuncak Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.
Terjemahan daripada judul asal No Dram of Mercy oleh FAHMI MUSTAFFA
Gerakbudaya (Cetakan pertama, 2025)
xiv + 318 halaman
RM45.00
Only 1 left in stock
| Weight | 0.354 kg |
|---|---|
| Dimensions | 19 × 13 × 1.6 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In












Reviews
There are no reviews yet