Kepada Rumah Api

ADELINE VIRGINIA WOOLF (1882-1941) merupakan pengarang yang merintis perkembangan prosa moden di England.

Terjemahan daripada judul asal To the Lighthouse oleh WAN NOR AZRIQ

IBDE (Cetakan pertama, 2024)
305 halaman

RM60.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789670037332 Product ID: 49084 Subject: Sub-subjects: ,
GTIN: 9789670037332
Brand: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

Kepada Rumah Api mengisahkan sepasang suami isteri iaitu Puan dan Encik Ramsay yang mula mempersoalkan makna sebuah hubungan yang sekian lama terjalin. Apakah perkahwinan sekadar beristeri, bersuami dan beranak? Kehidupan harian sebuah keluarga Inggeris menjadi pentas persembahan buku ini yang merupakan antara novel sastera terbaik abad ke-20. Sebuah adikarya yang hidup dan menggetarkan jiwa. Bahagian pertama novel ini, “Jendela,” membuka kita bukan sahaja kepada memori silam keluarga Ramsay, tapi ia turut melukis puncak sebuah kebahagiaan. Sumber kepada cinta dan kebahagiaan ini adalah watak Puan Ramsay. Justeru “jendela” di sini boleh dilihat dari pelbagai peringkat dan sudut. Paling atas dan terpisah ialah sudut pandang Woolf sendiri yang melihat kembali sosok ibunya melalui Puan Ramsay. Kakak beliau, Vanessa, ketika membaca Kepada Rumah Api pada 1927, menjelaskan membaca Puan Ramsay adalah seperti melihat ibu mereka “bangkit kembali dari kubur.” Kemudian kita ada sudut pandang Puan Ramsay yang di permulaan novel ini, sedang duduk berhampiran jendela bersama anaknya James. Apabila beliau melihat keluar, beliau melihat melalui jendela rumah tersebut, beliau melihat melalui jendela seorang emak, seorang isteri, beliau melihat melalui jendela seorang wanita Inggeris yang diasuh dengan nilai-nilai moral masyarakat era Victoria, England. Dan bayang wajah Puan Ramsay menjadi imej kekaguman, kemarahan, kepatuhan, cinta, dan kasih sayang, daripada orang di sekeliling beliau.

1. Jendela
2. Masa Berlalu
3. Kepada Rumah Api

Catatan Penterjemah
Tentang Pengarang

Weight0.45 kg
Dimensions20.2 × 13.5 × 3.1 cm
Author(s)

,

Format

Hardback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Jurnal Svara 12

    Svara (Isu 12)

    RM25.00
  • Jurnal SVARA (Isu 2)

    Svara (Isu 2)

    RM25.00