Kota Ngah Ibrahim dalam Lipatan Sejarah mendokumentasikan sejarah sebuah kota di Larut yang menjadi lambang kekayaan, kekuasaan dan kegemilangan pemerintahan Tenku Menteri Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina pada tahun 1858 di Matang, Perak yang dahulunya dikenali sebagai Permatang. Kota Ngah Ibrahim terletak di tebing Sungai Malawati, iaitu sebatang sungai kecil yang mengalir meta hutan paya bakau ke Sungai Jawa dan dihubungkan ke Sungai Larut dan seterusnya ke Selat Metaka Kedudukan Kota Ngah Ibrahim sangat strategik kerana terletak antara persimpangan jalan darat dan selatan, timur dan utara. Semasa pentadbiran Menteri Ngah Ibrahim, keluasan daerah Larut panjangnya kira-kira 112 kilometer dan lebarnya pula antara 32 hingga 80 kilometer. Sempadannya adalah di utara atu di Sungai Kurau; selatan di Sungai Beruas; timur di Gunung Bulu; dan barat sampai ke pantai.
Kota Ngah Ibrahim berbentuk segi empat dan dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 0.90% hektar. Tembok Kota Ngah Ibrahim berukuran 363 kaki panjang, 330 kaki lebar, 8 hingga 10 kaki tings dan ketebalannya 2.133 kaki. Kota Ngah Ibrahim berfungsi sebagai rumah kediaman, pusat pentarrr kubu pertahanan, gudang menyimpan bijih timah dan pusat perdagangan. Menteri Ngah loranm We melengkapkan kawasan Matang, terutama kotanya dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, penjara, balai pengawal, gudang senjata, gudang menyimpan bijih timah, rumah ketua polis dan masjid. Masjid Tengku Menteri yang dibina pada tahun 1867 terletak lebih kurang 1 km dari kotanya. Menteri Ngah Ibrahim membina jalan raya yang menghubungkan Kuala Larut dengan kawasan perlombongan, dan panjangnya kira-kira 11.3 km serta cabangnya menghubungkan kota dan Bukit Gantang.











Reviews
There are no reviews yet