Mahasiswa dan Universiti

Disunting oleh USAID ASMADI, ILHAM NORDIN, NAZURAH MANSOR dan NURFATHIHAH HAFIZ CHAN

Dirgahayu (Cetakan pertama, 2023)
274 halaman termasuk Rujukan

RM35.00

In stock

ISBN: 9789672599340 Product ID: 48139 Subject: Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9789672599340
Brand: Dirgahayu Press

Mahasiswa dan Universiti menghimpunkan sebilangan esei dan kertas kerja yang cuba mengangkat semula perbincangan mengenai gagasan idea baharu atau kritikan terhadap sistem dan budaya semasa yang melingkari mahasiswa dan universiti. Buku ini kaya dengan idea-idea perjuangan gerakan mahasiswa yang dinamik dan progresif, menyanggah kefahaman cetek dan dangkal terhadap peranan universiti yang bersifat elitis, eksklusif dan berorientasikan pasaran. Wacana yang dibawa memberikan pencerahan, malahan cuba memerdekakan pemikiran mahasiswa daripada penjajahan minda.

Universiti perlu dipandang seperti sebuah pelayaran pengetahuan khususnya buat mahasiswa supaya setiap peristiwa perjalanan yang terbina itu mempunyai makna dan kesan yang signifikan dalam pembentukan karakter pemikiran dan identiti. Sepanjang proses ini, ia akan menemukan kita kepada kelemahan dan kekurangan jalur fikir dalam menaakul dan memahami realiti kehidupan. Termasuklah kesedaran bahawa mahasiswa itu juga adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang mempunyai peranan untuk melakukan penambahbaikan juga membina gagasan idea baharu yang segar dan relevan dengan edaran zaman. Perbincangan tentang mahasiswa dan universiti itu tidak seharusnya sekadar beredar tentang topik di dalam sesi kuliah semata, namun ia harus melangkaui daripada itu.

Pengantar

1. Universiti dalam Cakerawala Aktivisme: Kemandirian Berfikir untuk Rekonstruksi
Azhar Ibrahim

2. Memasyarakatkan Universiti
Sofiya Tarmizi

3. Memerdehekakan Mahasiswa: Proses dan Perbahasan
Hanapi Jamaludin

4. Peradaban Nilai Intelektual Manusia; Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli dalam Sistem Pendidikan
Arif Hakimi Maludin

5. Tantangan dan Harapan: Intelektual Muslim Kontemporari dan Pembacaan untuk Kelompok Siswa dan Santri
Ahmad Ubaidillah

6. Revivalisme Dakwah Kampus dan Kesan Anti Intelektualisme
W.N Khuzairey

7. Pemberdayaan Aktivisme Islam ke Arah Transformatif dan Kritik Neo-Liberal Perspektif Moeslim Abdurrahman dan Kuntowijoyo
Ahalla Tsauro

8. Pemerkasaan Pilihanraya Kampus (PRK): Situasi dan Cadangan Mengikut Konteks IPTA
Fauzi Fadzil

9. Sayap Mahasiswa Politik: Pentas Penyatuan atau Perpecahan Mahasiswa?
Khairunnisa Jamal

10. Idea Politik Baru dan Pengamalannya di Universiti Putra Malaysia
Fauzi Fadzil

Weight0.3 kg
Dimensions20.4 × 13.6 × 2.1 cm
Author(s)

, , , , , , , ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • The Malays in Multi-Religious ASEAN: Protecting Identity, Upholding Integrity (Papers in Autonomous Knowledge)

    The Malays in Multi-Religious ASEAN: Protecting Identity, Upholding Integrity (Papers in Autonomous Knowledge)

    RM38.00
  • Islam, Religion and Progress: Critical Perspectives

    Islam, Religion and Progress: Critical Perspectives

    RM25.00
  • The New Santri: Challenges to Traditional Religious Authority in Indonesia

    The New Santri: Challenges to Traditional Religious Authority in Indonesia

    RM126.00
  • Syair Kesaksian: Darihal Menyinggung Fikiran dan Perbuatan

    Syair Kesaksian: Darihal Menyinggung Fikiran dan Perbuatan

    RM18.00