Manifesto: Tiga Esei Klasik tentang Cara Mengubah Dunia mengandungi esei yang ditulis oleh tiga orang individu yang agak muda, iaitu Karl Marx ketika beliau berusia 30 tahun, Rosa Luxemburg, 27 tahun dan Che Guevara, 37 tahun. Mereka dilahirkan pada zaman dan generasi yang berbeza, namun mereka berkongsi satu harapan, satu keterlibatan bersama dengan sejarah, satu kepercayaan bahawa pemikiran kritis perlu melahirkan tindakan dan keghairahan terhadap dunia serta segala potensi manusia. Dalam kehidupan dan perjuangan mereka, ketiga-tiganya menegaskan bahawa masyarakat yang terbentuk secara material harus menempuh perubahan radikal untuk memastikan potensi ini direalisasikan, tidak kiralah sama ada potensi ini disekat atau dinafikan dalam keadaan yang sedia ada. Sebagai manusia terpelajar dan kuat berfikir, mereka sentiasa menajamkan daya fikir tentang perjuangan tersebut.
Jika anda mempunyai rasa ingin tahu dan membuka mata hati anda kepada kehidupan di sekeliling anda, jika anda terganggu tentang persoalan mengapa, bagaimana dan oleh siapa yang memegang dan menggunakan kuasa politik, jika anda merasakan bahawa tentunya wujud sebab yang intelektual atas rasa tidak senang yang menghantui diri anda, jika rasa ingin tahu dan keterbukaan anda itu menyebabkan anda berhasrat untuk bertindak bersama dengan orang lain untuk “melakukan sesuatu,” maka anda memiliki banyak persamaan dengan penulis ketiga-tiga esei yang ditampilkan dalam buku ini.







Reviews
There are no reviews yet