Melayu dan Konservatisme: Wacana Kritis terhadap Agama, Politik dan Ekonomi merupakan himpunan makalah yang memberikan makna dan aplikasi falsafah konservatif dalam isu agama, politik dan ekonomi. Acapkali falsafah ini diberikan naratif beku dan jumud kerana istilah ‘konservatif’itu sendiri telah disalahfahami sebagai suatu penolakan terhadap sebarang bentuk perubahan. Penulis menolak pandangan sedemikian, malah menghujahkan falsafah konservatif ialah suatu falsafah yang sederhana, berada di titik pertengahan antara dua ekstrem iaitu ekstrem kiri (falsafah liberalisme dan humanisme) dan ekstrem kanan (pemikiran jumud) melalui pentakrifan baharu bagi falsafah konservatisme sebagai suatu falsafah yang melihat keperluan memelihara dan mempertahankan suatu tradisi, adat dan budaya yang sudah terbukti baik dan berjaya mengekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik di Malaysia.
Melayu dan Konservatisme: Himpunan Wacana Kritis Terhadap Agama, Politik dan Ekonomi
MOHD JAMIZAL ZAINOL ialah Pengerusi Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE).
The Biblio Press (Cetakan pertama, 2025)
xi + 243 halaman termasuk Daftar Rujukan dan Indeks
RM45.00
In stock
Pradurja
Pendahuluan
I. Agama
1. Memugar Semula Kefahaman Sifat Ketuhanan
2. Mencapai Kebahagiaan Hidup dengan Pengkajian Metafizik
3. Hakikat Kenabian Muhammad SAW
4. Kewujudan Manusia Anugerah Terbesar daripada Tuhan
5. Peranan Falsafah dalam Agama Islam
II. Falsafah
6. Berdamai dengan Pandemik COVID-19 Menurut Teori Ibn Khaldun
7. Pandangan ‘Alam yang Rosak Punca Rasuah Berleluasa
8. Pembacaan Karya-karya Agung: Menekuni yang Zahir Memahami yang Batin
9. Memugar Semula Falsafah Hijau di Negara Kita
10. Falsafah Pendidikan dan Kecerdasan Buatan (AI)
III. Politik
11. PRU-15 dan Politik Berasaskan Idea
12. Menilai Semula Faham Demokrasi
13. Perpaduan Politik Melayu Islam Demi Kestabilan Negara
14. Menilai Kembali Paradigma Politik Negara
15. Peranan Parlimen dalam Tadbir Urus
16. Polisi yang Baik Memerlukan Kebijaksanaan Pemimpin
17. Peranan Kerajaan dalam Menjaga Kepentingan dan Kesihatan Awam
IV. Ekonomi
18. Malaysia Perlu Merancang Dasar Ekonomi “Pasca Globalisasi” Demi Kemakmuran Rakyat
19. Cabaran Malaysia Pada Tahun 2023
20. Belanjawan 2023 Meningkatkan Kualiti Hidup
21. Langkah Pantas Kementerian Kewangan Elakkan Kemelesetan Ekonomi
22. Kenaikan Harga Barang Perlu Ditangani Secara Segera dan Berhemah
23. APEC 2020 Pemangkin Kemakmuran Bersama
24. Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara 2018: Suatu Introspeksi Diri Melayu
25. Pembangunan Ekonomi Bumiputera Tunjang Kestabilan dan Keharmonian Negara
V. Ketatanegaraan
26. Hakikat Konsep Malaysia Madani
27. Apabila Undang-undang Melangkaui Etika
28. Bangsa Malaysia: Realiti atau Utopia?
29. Kepentingan Sistem Raja-raja di Malaysia
30. Menilai Kembali Hak Asasi Manusia dan Aplikasinya di Malaysia
31. Menilai Kembali Konsep Hak Asasi Manusia Pada Waktu Pandemik
32. Muafakat Raja dan Rakyat Kekalkan Keamanan Negara
Penutup
Daftar Rujukan
Indeks
| Weight | 0.4 kg |
|---|---|
| Dimensions | 21.5 × 13.6 × 1.4 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Year Published | 2025 |
| Publisher |










