Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an

Penulisan bersama WAN MOHD DASUKI WAN HASBULLAH, MOHD FAZLI ABD MALEK dan AMER HUDHAIFAH HAMZAH

Penerbit UMS (Cetakan pertama, 2025)
xix + 193 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

In stock

ISBN: 9786297662411 Product ID: 49338 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an bukan hanya mengandungi catatan liku-liku sejarah yang jarang diketahui umum, tetapi juga merupakan simbol penghargaan dan apresiasi terhadap nilai keperwiraan, patriotisme, kearifan tradisi, sejarah dan kehalusan budi bangsa Melayu sehingga kini. Melalui buku ini, pembaca dapat menyelami sendiri nilai keberanian, kejituan pemikiran dan kreativiti, semangat dan juga wawasan besar Meor Rahman terhadap warisan yang beliau tinggalkan. Justeru, pembaca akan didedahkan dengan beberapa perspektif ilmiah yang mendasari sebahagian daripada pengetahuan umum masyarakat tentang sejarah Meor Rahman yang sebelum ini hanya berbentuk cerita-cerita mulut. Buku ini tidak ditujukan hanya kepada peminat dan pengamal Seni Gayong semata-mata, malah juga kepada mereka yang ingin mengenali kaedah filologi teks cetak yang menghimpunkan dan merekonstruksi teks lama dalam bentuk baharu untuk hidangan pembaca demi memahami perspektif berbeza mengenai perkembangan Seni Gayong dan pengasasnya.

Kepelbagaian teks yang disajikan menerusi buku ini pada hakikatnya bertujuan memberikan lebih gambaran mengenai Meor Rahman dan Seni Gayong hingga dapat membangunkan sebuah pemahaman yang lebih menyeluruh atau barangkali juga lebih lengkap—apatah lagi setelah diperbandingkan pula dengan teks lisan para guru tua Seni Gayong sendiri. Dengan erti kata lain, buku ini sengaja tidak menempatkan teks-teks lisan dengan maksud untuk memberikan penekanan dan laluan khusus kepada subjek yang dibincangkan, iaitu tentang teks bertulis. Dalam konteks naratif Seni Gayong, teks bertulis kurang popular berbanding dengan bahan-bahan lisan yang dapat dikutip dan didengarkan daripada guru-guru tua. Teks bertulis hadir dalam kelangkaan sifat-sifatnya, memandangkan tidak banyak usaha penggalian maklumat bertulis dilakukan setakat ini.

Pengantar
Prakata

1. Pengenalan: Teks Bertulis dalam Naratif Seni Gayong
2. Kepelbagaian Teks Bertulis dan Penyediaan Suntingan
3. Teks-teks Bertulis dan Naratif Seni Gayong: Hubungan Kepelbagaian dan Konteks
4. Suntingan Teks dan Anotasi
5. Kritikan Terhadap Seni Gayong
6. Meor Rahman dan Seni Gayong: Beberapa Anotasi
7. Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight0.321 kg
Dimensions23 × 15 × 1 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Senjata Api Alam Melayu

    Senjata Api Alam Melayu

    RM40.00