Pahang pada Era British: Perubahan Sosial dan Ekonomi, 1888-1957

Penulisan bersama HASNAH HUSSIIN dan MARDIANA NORDIN

Penerbit UMPSA (Cetakan ketiga, 2025)
xv + 171 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM62.00

In stock

ISBN: 9786297641508 Product ID: 49329 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Pahang pada Era British: Perubahan Sosial dan Ekonomi, 1888-1957 menjelaskan pengaruh kuasa British di dalam negeri Pahang termasuklah pengukuhan kuasa politik Melayu baharu dalam Kesultanan, perjanjian-perjanjian yang pernah termeterai antara British dengan pemerintah Pahang. Pengaruh British berikutnya diperlihatkan melalui beberapa aspek seperti politik dan pentadbiran, pendidikan, kesihatan, pembanterasan komunis serta perkembangan-perkembangan yang lain. Perbincangan ini juga mengupas kesan pengaruh kuasa Barat tersebut terhadap masyarakat Pahang sama ada dari aspek positif mahupun negatif. British mula memasuki Pahang apabila satu perjanjian diatur oleh Frederick Weld, melalui wakilnya Hugh Clifford pada tahun 1887. British bersetuju menyediakan bantuan sekiranya berlaku serangan luar dan pelantikan seorang ejen British pada tahun berikutnya. Pada tahun 1892, pembesar-pembesar Pahang menganjurkan kebangkitan dengan tujuan memulihkan sistem kerajaan lama, tetapi tewas dan sebahagian besar mereka dibuang dari negeri itu. Pada tahun 1894, mereka membuat serangan, beroperasi dari Kelantan dan Terengganu, tetapi telah dipatahkan oleh ekspedisi di bawah Hugh Clifford, dan tiada lagi gangguan berlaku di Pahang.

Sudah terbukti bahawa wujud pelbagai perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan British dengan Sultan atau negeri Pahang sekali gus mempengaruhi dasar British di negeri ini. Dapat dilihat sepanjang negeri Pahang berada di bawah era British, paling ketara adalah berhubung dengan aspek kuasa. Secara dasarnya, kuasa politik negeri di tangan Sultan namun dengan batas-batas tertentu. Pada masa yang sama, bidang kuasa British sebagai kuasa penjajah (atas nama naungan}, kerjasama negeri Pahang dengan kerajaan British, pelantikan pegawai British (terutama residen atas nama penasihat), pengukuhan kuasa British melalui jawatan residen, residen jeneral mahupun Pesuruhjaya Tinggi, agihan kuasa, dasar-dasar British (misalnya isu politik yang tidak boleh diambil keputusan tanpa pengetahuan British) serta hal ehwal penyatuan persekutuan beberapa negeri Melayu atas tujuan kemudahan dan penyeragaman sistem pentadbiran British dapat dikenal pasti.

Prakata
Pendahuluan

1. Latar Belakang Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu
2. Pengukuhan Kuasa Politik Melayu Baharu
3. Perjanjian-Pperjanjian British dan Pemerintah Pahang
4. Politik dan Pentadbiran
5. Pendidikan
6. Kesihatan
7. Perkembangan-perkembangan Lain
8. Pembanterasan Komunis di Pahang

Kesimpulan
Rujukan
Indeks

Weight0.292 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan

    Perjanjian Bangkok 1909: Wacana Sejarah dan Persejarahan

    RM49.00
  • Katemeneh Komunis

    Katemeneh Komunis

    RM38.00
  • Kesultanan Melayu Perak

    Kesultanan Melayu Perak

    RM60.00
  • Rukun Negara dan Pancasila: Ideologi dan Amalan

    Rukun Negara dan Pancasila: Ideologi dan Amalan

    RM90.00