Panglima Salleh Selempang Merah

ZAHARAH NAWAWI adalah penerima S.E.A. Write Award 1996.

DBP (Cetakan Pertama, 2025)
xii + 385 halaman

RM42.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789834948061 Product ID: 48545 Subject: Sub-subjects: ,
GTIN: 9789834948061
Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Panglima Salleh Selempang Merah karya Zaharah Nawawi menukilkan kembali kenang-kenangan perjuangan dan tuntutan keilmuan sehingga dapat menghapuskan kezaliman dan kemungkaran menerusi kepahlawanan Panglima Salleh. Nama Panglima Salleh terukir dalam sejarah tanah air kerana kepahlawanan menentang pasukan komunis yang bermaharaalela di kawasan selatan tanah air khususnya di Johor. Peristiwa berdarah yang tragik ini berlaku di sekitar penghujung zaman Perang Dunia Kedua. Nama Panglima Salleh telah menjadi “sinonim” dengan selempang merah kerana di situlah lambang kegagahan dan kepahlawanan beliau. Dalam laporan-laporan yang dipaparkan, didapati perkataan “mengamuk” sering digunakan bagi menggambarkan kebangkitan orang Melayu menentang pengganas komunis yang telah menghirup terlalu banyak kesabaran dalam diri mereka.

Tindakan orang Melayu yang bangkit mendadak, lalu membunuh sesiapa sahaja yang menjadi sasaran mereka tanpa mengira umur dan jantina, tidak syak lagi memang merupakan perbuatan mengamuk yang memang terkenal dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi, dalam kertas kerja Teoh Jin Inn dalam Suatu persidangan antarabangsa di Jerman, fenomena “amuk” itu terdapat juga dalam beberapa masyarakat di dunia selain masyarakat Melayu. Biarpun pada mata kasar kelihatan orang Melayu seperti mengamuk dan membunuh orang Cina, namun yang sebenarnya, mereka membunuh komunis, yang bukan sahaja terdiri daripada orang Cina, malah penyokong-penyokong komunis daripada orang Melayu juga menerima padahnya. Demikian menurut para pejuang yang turun ke gelanggang yang telah dicernakan kisahnya dalam novel ini.

Weight0.45 kg
Dimensions21.5 × 13.9 × 1.9 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

1988, 2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In