Pedro Páramo mengisahkan tentang Juan Preciado yang berjanji kepada ibunya yang sedang nazak untuk mencari ayahnya: Pedro Paramo. Dia ke Comala, sebuah bandar sepi penuh misteri. Di sana, Juan bertemu bayang-bayang masa lalu yang mendedahkan kisah penindasan, pengkhianatan cinta, dan ayahnya, seorang penguasa yang hancur oleh keserakahan sendiri. Adakah Pedro Paramo seorang manusia, atau igauan dosa yang menghantui pekan Comala? Dalam perjalanan ini, Juan tidak hanya menjejak asal muasal, tetapi menghadapi kekaburan antara kehidupan dengan kematian. Pedro Páramo ialah kisah pencarian seorang anak yang membawa kita ke sebuah pekan misteri di mana roh dan manusia berdampingan. Ditulis dalam gaya realisme magis yang mendahului zamannya, buku ini mendedahkan sisi gelap kekuasaan, cinta, dan penyesalan. Karya ini membuka jalan kepada sastera Latin Amerika moden dan terus berpengaruh hingga hari ini. Walaupun One Hundred Years of Solitude oleh Gabriel García Márquez lebih popular dalam genre realisme magis, Márquez sendiri mengakui bahawa Pedro Páramo adalah inspirasi terbesarnya. Rulfo mencampurkan realiti dan dunia roh dalam gaya yang senyap tetapi menggugah—membuka jalan kepada ledakan sastera Amerika Latin.
Pedro Páramo
JUAN RULFO (1917-1986) merupakan seorang tokoh sastera dari Mexico yang sangat disegani dalam lingkungan penutur bahasa Sepanyol dan dianggap sebagai antara sasterawan terpenting dalam kesusasteraan Amerika Latin.
Terjemahan daripada judul asal oleh ADRIANA NORDIN MANAN
IBDE (Cetakan pertama, 2025)
156 halaman
RM45.00
In stock
| Weight | 0.28 kg |
|---|---|
| Dimensions | 20.2 × 13.5 × 2 cm |
| Author(s) | |
| Format | Hardback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In












Reviews
There are no reviews yet