Pemikiran Dakwah dalam Penulisan Kisah Nabi dan Rasul di Alam Melayu mengupas pemikiran dakwah dalam penulisan kisah nabi dan rasul yang diterapkan dalam kesusasteraan Melayu-Islam tradisional. Ia berfokus kepada metodologi dakwah melalui pendekatan penulisan berhikmah yang menggabungkan unsur mendorong (al-targhib) dan mengancam (al-tarhib), sebagaimana dianjurkan dalam Surah al-Nahl 16:125. Analisis teks utama, Surat al-Anbiya’, mengungkap elemen-elemen dakwah yang disampaikan melalui naratif kisah para nabi dan rasul, memperlihatkan transformasi sastera Melayu tradisional selepas pengaruh Hindu-Buddha kepada Islam. Karya ini membincangkan bagaimana kisah nabi dan rasul yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis disampaikan melalui genre hikayat Melayu berunsur Islam. Ia turut menilai peranan hikayat ini dalam menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat Melayu-Islam secara meluas dan berkesan. Namun, penulis turut mengkritik elemen-elemen tidak sahih seperti riwayat Isra’iliyyat dan sinkretisme yang mencemari keaslian naratif tersebut, seterusnya memberi kesan kepada kefahaman dan akidah umat Islam. Buku ini bukan sahaja memberikan sumbangan kepada sejarah perkembangan tradisi kesusasteraan Melayu, malah turut menawarkan perspektif dakwah yang lebih mendalam. Dengan memadukan tradisi persuratan Melayu dengan disiplin ilmu Islam, memberikan panduan kepada pengkaji dan pendakwah untuk memastikan kandungan menepati prinsip epistemologi Islam.
Pemikiran Dakwah dalam Penulisan Kisah Nabi dan Rasul di Alam Melayu
Penulisan bersama AHMAD ZAHIRUDDIN MOHD ZABIDI, WAN NASYRUDIN WAN ABDULLAH dan KHAZRI OSMAN
Penerbit UM (Cetakan pertama, 2025)
viii + 144 halaman termasuk Rujukan dan Indeks
RM46.00
Only 1 left in stock
Prakata
1. Pengenalan
2. Konsep Nabi dan Rasul dalam Islam
3. Kisah Nabi dan Rasul Adalah Kisah Al-Quran
4. Penulisan Kisah Nabi dan Rasul dalam Tradisi Keilmuan Islam
5. Pendekatan Penulisan Dakwah Menurut Surah al-Nahi 16: 125
6. Pendekatan Penulisan Dakwah al-Hikmah dalam Teks Surat al-Anbiya’
7. Penutup
Rujukan
Indeks
| Weight | 0.234 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.4 × 15.1 × 1 cm |
| Author(s) | Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Khazri Osman, Wan Nasyrudin Wan Abdullah |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In















Reviews
There are no reviews yet