Pemikiran Politik Islam Haji Abdullah Abbas Nasution berdasarkan Kitab Tafsir Harian al-Quran al-Karim merupakan suatu analisis pengarang terhadap pemikiran politik Islam penulisan seorang tokoh prolifik, iaitu Haji Abdullah Abbas Nasution berdasarkan salah satu karya beliau, iaitu kitab tafsir yang bertajuk Kitab Tafsir Harian al-Quran al-Karim. Kandungan buku ini disusun mengikut beberapa tema yang telah dipilih setelah analisis deskriptif dilakukan berdasarkan kitab tafsir tersebut. Antaranya ialah tema berkaitan negara Islam dan pemimpin, pilihan raya dan demokrasi serta keadilan sosial dan perundangan Islam. Ketiga-tiga tema ini berkait rapat dengan politik Islam bermula dari individu, keluarga, masyarakat seterusnya ke peringkat negara.
Di bawah setiap tema terdapat beberapa subtopik kecil yang menjelaskan pemikiran politik Islam Haji Abdullah Abbas Nasution berdasarkan kitab tafsirnya. Penjelasan tersebut disertakan dengan ayat al-Quran, tafsiran daripada beliau sendiri adakalanya pengarang turut mendatangkan beberapa hadis, fatwa, pandangan ilmuwan Islam serta beberapa rujukan yang lain untuk mengukuhkan tafsiran beliau.













Reviews
There are no reviews yet