Out of stock

Pengaruh dan Retrospektif Kitab Majalah Ahkam Johor

Penulisan bersama MOHD HAFIZ OTHMAN, ERMY AZZIATY ROZALI dan NAPISAH KARIMAH ISMAIL

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2023)
231 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9786297547428 Product ID: 40553 Subjects: , , Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9786297547428
Brand: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengaruh dan Retrospektif Kitab Majalah Ahkam Johor membuat penelitian hubungan diplomatik Kerajaan Johor dengan Kerajaan Uthmaniyah yang terjalin pada akhir abad ke-19 menerusi lawatan Sultan Abu Bakar ke Istanbul membawa kepada pengiktirafan terhadap Kerajaan Johor. Hubungan ini diperkukuh lagi sehingga tahun 1900-an dan mempunyai pengaruh dalam pentadbiran Kerajaan Johor. Pada tahun 1913, kitab Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Uthmaniyah telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Mufti Johor atas perkenan Sultan Ibrahim dan dikenali sebagai Majalah Ahkam Johor. Dengan perkenan Sultan Ibrahim, kitab tersebut perlu disebarluaskan sebagai bahan rujukan di mahkamah Johor dan pegawai agama kerajaan, namun penggunaan kitab tersebut agak terhad di mahkamah Johor. Penelitian mengenai undang-undang Islam bersumberkan kitab Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah dalam Kerajaan Johor merupakan satu kajian yang membuktikan pengaruh Kerajaan Uthmaniyah dalam sistem perundangan Islam kesan daripada hubungan diplomatik antara dua kerajaan Islam.

Walaupun pentadbiran British cuba mengetepikan penggunaan kitab tersebut, Jabatan Agama Johor berjaya melaksanakannya dengan menggubal peraturan baharu yang diadaptasi daripada kitab Majalah Ahkam Johor dan dipraktikkan di Pejabat Kadi dan Mahkamah Kadi Syariah berdasarkan kepada keselarian dan persamaan kandungan. Peruntukan dalam Majalah Ahkam Johor telah dijadikan rujukan di Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), Pejabat Mufti, Pejabat Kadi dan Mahkamah Kadi Syariah. Buku ini mengandungi enam bab yang merangkumi perbincangan mengenai membincangkan hubungan Kerajaan Uthmaniyah dengan Kerajaan Johor pada akhir abad ke-19 hingga ke-20, pengaruh Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah terhadap Majalah Ahkam Johor, halangan penggunaan Majalah Ahkam Johor dalam perundangan dan kehakiman di Kerajaan Johor, retrospektif Jabatan Agama Johor dan kebitaraan Dato’ Abdullah Abdul Rahman, penggunaan kitab Majalah Ahkam Johor sebagai panduan dan bahan rujukan di Jabatan Agama Johor dan juga berkenaan penamatan penggunaan kitab Majalah Ahkam Johor sebagai bahan rujukan di negeri tersebut.

Prakata

1. Hubungan Kerajaan Uthmaniyah dengan Kerajaan Johor pada Abad ke-19 hingga ke-20
2. Pengaruh Majallah Al-Ahkam Al-‘Adliyyah Terhadap Majalah Ahkam Johor
3. Halangan Penggunaan Kitab Majalah Ahkam Johor dalam Perundangan dan Kehakiman di Kerajaan Johor
4. Retrospektif Jabatan Agama Johor dan Tokoh Pentadbir Dato’ Abdullah Abdul Rahman (1932-1947)
5. Penggunaan Kitab Majalah Ahkam Johor sebagai Panduan dan Bahan Rujukan di Jabatan Agama Johor
6. Penamatan Penggunaan Kitab Majalah Ahkam Johor sebagai Bahan Rujukan

Rujukan
Indeks

Weight0.342 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.1 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama

    Islam di Negeri Sembilan: Jasa dan Sumbangan Ulama

    RM30.00
  • Pemikir Politik Islam Alam Melayu di Malaysia

    Pemikir Politik Islam Alam Melayu di Malaysia

    RM56.00
  • Pengurusan Ekonomi Rasulullah SAW di Madinah

    Pengurusan Ekonomi Rasulullah SAW di Madinah

    RM50.00