Out of stock

Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam

SEYYED HOSSEIN NASR merupakan Profesor Emiratus dalam jurusan Pengajian Islam di George Washington University

Terjemahan daripada judul asal An Introduction to Islamic Cosmological Doctrine oleh BAHARUDIN AHMAD dan OSMAN BAKAR

DBP (Edisi kedua, 2010)
404 Halaman

RM40.00

Out of stock

ISBN: 9789834605087 Product ID: 474 Subjects: , Sub-subjects: , , , , ,
GTIN: 9789834605087
Brand: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam ialah terjemahan daripada An Introduction to Islamic Cosmological Doctrine, Revised Edition oleh Seyyed Hossein Nasr. Versi asal buku ini diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun 1960. Ia merupakan di antara karya terawal Profesor Seyyed Hossein Nasr, seorang sarjana dan pemikir Islam terkemuka dewasa ini, yang pernah diterbitkan. Versi bahasa Melayu buku ini diterbitkan pada tahun 1992. Inti sari buku ini adalah berdasarkan disertasi PhD yang beliau persembahkan kepada Jabatan Sejarah Sains, Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada tahun 1958. Kebanyakan daripada kajian yang dibuat kebelakangan ini oleh para Orientalis Barat dan sarjana Islam moden tentang sains kosmologi dan sains tabii di dunia Islam, dijalankan dengan satu matlamat, iaitu bagi melahirkan perhubungan di antara sains tersebut dengan sains yang tumbuh subur kini di dalam dunia moden. Terlalu jarang perhatian ditumpukan kepada pandangan hidup kaum Muslimin sendiri, iaitu satu pandangan hidup yang dengannya mereka mengkaji sains tertentu dalam alam tabii itu.

Matlamat dalam buku edisi semakan semula ini, yang berdasarkan edisi asal yang dikemukakan kepada Jabatan Sejarah Pemikiran dan Sains, Universiti Harvard, pada tahun 1958, ialah untuk menjelaskan akan prinsip-prinsip kosmologi dan bagi membawa ke depan akan bentuk kosmos dalam mana kaum Muslim hidup dan berfikir, dan dalam keadaan tertentu masih menjadi rangka pemandangan mereka terhadap alam sekeliling. Sudah tentu kami tidak sekali-kali menafikan akan peri penting dan sahnya pengkajian sejarah yang daripada satu segi menghubungkan ilmu sains kaum Muslimin dengan sumbernya daripada sains Bibilonia, Mesir Kuno, Yunani, India, China dan Parsi dan daripada segi yang lain pula menjelaskan lagi peranan sains dalam pembentukan dunia ilmiah tamadun Latin dan pengkajian sains tabii di dunia Barat dari abad ke-13 membawa ke abad ke-17.

Namun tujuan asas kami di sini ialah untuk mengkaji sains kosmologi Islam itu sendiri dan cuba melihat alam dalam satu kesatuan iaitu sebagaimana ia dilihat oleh mereka yang membentuk sendiri sains tersebut, dan bukan melihatnya seperti seorang yang berdiri di pinggir dan cuba *membedah' pandangan hidup Islam itu dan membahagikan elemen-elemen tertentu mengikut punca asal usulnya dalam pandangan sejarah. Sains kosmologikal dan sains tabii Islam adalah terikat rapi dengan idea metafizik, agama dan falsafah yang membendungi tamadun Islam keseluruhannya seperti juga sains moden sangat berkait rapat dengan gagasan falsafah dan agama pada abad ke-16 dan ke-17 yang memunculkan sains moden itu dan juga memberi kekuatan serta bekalan pemikiran kepadanya.

Hubungan rapat ini dapat dilihat contohnya dalam kes pelajar Muslim yang walaupun hanya merapati sains moden secara sepintas lalu sahaja biasanya akan terus hilang penapakan spiritualnya dan cepat menjadi canggung dengan tradisinya sendiri, sedangkan pelajar yang sama mungkin telah bertahun-tahun mempelajari matematik serta sains tabii dalam rangka tradisi dan sedikit pun tidak jauh daripada dasar Islam yang sejati.

Pengenalan
Awal Bicara

BAHAGIAN I – IKHWAN AL-SAFA’ WA KHULLAN AL-WAFA’ (PERSAUDARAAN SUCI)
1. Rasa’il, Karya Ikhwan Al-Safa’ – Identiti Dan Isi Kitab
2. Prinsip-prinsip bagi Pengkajian Kosmos dan Hierarki Alam Semesta
3. Cabang-Cabang Sains Kosmologi
4. Mikrokosmos dan Hubungannya dengan Alam Semesta

BAHAGIAN II – AL-BIRUNI
5. Penghidupan, Hasil Karya dan Kepentingan al-Biruni
6. Kejadian Dunia dan Sejarah Berikutnya
7. Peranan Alam Tabi dan Kaedah Pengkajiannya
8. Alam Semesta dan Bahagiannya
9. Perkahwinan di antara Langit dengan Bumi dalam Astrologi
10. Sikap al-Biruni terhadap Falsafah dan Penuntutan Ilmu

BAHAGIAN III – IBN SINA
11. Riwayat Hidup dan Karya Ibn Sina serta Kepentingannya
12. Anatomi Wujud
13. Prinsip-prinsip Falsafah Tabii
14. Alam Semesta, Manusia dan Hubungannya
15. Alam Tabii dan Hikayat Visionari

Kesimpulan
Bibliografi
Indeks

Weight0.73 kg
Dimensions22.20 × 14.5 × 3.1 cm
Author(s)

, ,

Edition

Second Edition

Format

Hardback

Publisher

Language

Malay

Year Published

1992, 2010

5.0
Based on 5 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-5 of 5 reviews
  1. (0) (0)
  2. (0) (0)
  3. (0) (0)
  4. (0) (0)
  5. (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Agama dan Sains Moden

    Agama dan Sains Moden

    RM30.00
  • Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal Civilization

    Islam and Civilizational Dialogue: The Quest for a Truly Universal Civilization

    RM60.00