Pengurusan Ekonomi Rasulullah SAW di Madinah menjelaskan berkaitan dengan pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah merupakan zaman permulaan kerajaan Islam yang menjadi tanda aras dan rujukan penting kepada pemerintah hari ini. Penelitian aspek pengurusan ekonomi oleh Baginda di Madinah pula dikaji bagi meneliti agihan kekayaan berteraskan syariat islam yang adil dan saksama. Tulisan ini juga meneliti agihan kekayaan dalam Islam yang adil dan saksama untuk kepentingan masyarakat, meneliti agihan kekayaan yang berjaya pada zaman Rasulullah SAW serta menganalisis prinsip dan model tadbir urus Baginda dalam aspek pengurusan ekonomi untuk diaplikasikan pada masa kini. Karya ini penting untuk diketengahkan kerana ia juga menyentuh isu penting dalam tadbir urus negara, mendorong kepada kestabilan ekonomi dan memupuk keharmonian dalam masyarakat.
Pengurusan ekonomi Rasulullah SAW di Madinah ini memfokuskan kepada pentadbiran zaman Rasulullah SAW di Madinah dengan menggarap pelbagai isu dalam ekonomi dan agihan kekayaan seperti teori dan metod pelaksanaan yang dibincangkan oleh para cendekiawan. Penelitian juga untuk melihat mengenai sumber-sumber ekonomi di Madinah dan pengurusan agihan kekayaan yang dilakukan oleh Baginda bagi mencapai matlamat agihan kekayaan yang adil dan saksama. Secara tuntasnya, pentadbiran Rasulullah SAW di Madinah yang memaksimum pengurusan sumber, keadilan pengagihan kekayaan serta menjaga kemaslahatan masyarakat. Tatakelola yang didukung oleh Baginda sewajarnya dijadikan model oleh pemimpin masa kini dengan meneliti proses dan tindakan Baginda dalam memperkukuh sistem ekonomi di Madinah pada ketika itu.












Reviews
There are no reviews yet