Pentafsiran Semula Masyarakat Tidak Sivil: Perbandingan Malaysia dan Filipina

Penulisan bersama MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL, SHARIFAH NURSYAHIDAH SYED ANNUAR dan DURRAH ABD MALEK

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2025)
xiv + 210 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM56.00

Only 1 left in stock

Pentafsiran Semula Masyarakat Tidak Sivil: Perbandingan Malaysia dan Filipina menghujahkan bahawa “masyarakat sivil” yang sering dianggap sebagai savior civil society boleh bertukar menjadi “masyarakat tidak sivil” kerana memperdalamkan perpecahan masyarakat yang telah terinstitusi kuat. Pentakrifan “masyarakat tidak sivil” juga telah dibangunkan secara sempit dan eksklusif terhadap segmen tertentu dan mengesampingkan hakikat yang masyarakat sivil mempunyai sisi kebejatan tersendiri dan tidak semestinya mempunyai kejelasan moral yang lebih unggul. Realitinya, elemen yang sering dilihat sebagai “masyarakat tidak sivil” turut mewakili suara rakyat terbanyak dan menyumbang kepada pendemokrasian.

Masyarakat sivil merupakan kerangka yang dibentuk oleh tradisi politik Barat. Justeru, pentakrifan dan pengoperasiannya cenderung digunakan dalam konteks dan maksud yang sehala dan mesra demokrasi liberal. Malah, ia dihujahkan telah diadaptasi secara bebas ke negara-negara yang mempunyai tingkat dan kefahaman demokrasi yang berbeza. Realitinya, masyarakat sivil tidak harus disinonimkan sebagai unsur pendemokrasian yang benar-benar kudus. Kecenderungan untuk memperbesar-besarkan sisi positif masyarakat sivil telah mendorong pembentukan satu lagi wacana yang berat sebelah iaitu “masyarakat tidak sivil”. Wacana ini merupakan satu lagi cubaan untuk mengasingkan apa yang didakwa gerakan yang tidak kondusif kepada semangat demokrasi.

Prakata

1. Dari Masyarakat Sivil ke Masyarakat Tidak Sivil

MALAYSIA
2. Ekologi Masyarakat Sivil dan Pelencongan Naratif
3. Perkasa Sebagai Masyarakat Tidak Sivil? Suatu Pentafsiran Semula
4. BERSIH dan Sisi Ketidaksivilan Masyarakat Sivil
5. Ketidakdemokratikan Budaya Kerja NGO Malaysia

FILIPINA
6. Pemposisian Masyarakat Sivil di Filipina
7. Ketidaksivilan Masyarakat Sivil di Filipina
8. “Masyarakat Sivil” Menghadapi “Pemerintahan Tidak Sivil”: Era Presiden Rodrigo Duterte (2016-2022)
9 Kebangkitan Keluarga Marcos: Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr dan Masyarakat Sivil di Filipina

10. Apa yang Dipelajari?

Rujukan
Indeks

Weight0.345 kg
Dimensions22.8 × 15.3 × 1.2 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme

    Saga Neokonservatif: Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme

    RM40.00