Raja Bersiung: Analisis Pensejarahan Kedah

MOHD HERMAN BIN ROSLAN adalah seorang penyelidik mandiri, juga pendiri Penerbitan Jentayu.

Penerbitan Jentayu (Cetakan pertama, 2025)
viii + 123 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9786299541219 Product ID: 48153 Subjects: , Sub-subjects: , , ,
GTIN: 9786299541219
Brand: Penerbitan Jentayu

Raja Bersiung: Analisis Pensejarahan Kedah mengupas kisah Raja Ong Maha Perita Deria atau Raja Bersiung, yang terkenal dengan legenda taringnya serta kegemarannya memakan hati dan meminum darah rakyatnya. Walaupun kisahnya sering dianggap mitos, buku ini berusaha meneliti fakta sejarah sebenar berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa serta mengubah persepsi negatif bahawa Raja Bersiung hanyalah tokoh legenda. Menurut naskah Hikayat Merong Mahawangsa, nama sebenar Raja Bersiung ialah Raja Ong Maha Perita Deria. Kekuatan utama teks Hikayat Merong Mahawangsa terletak pada cerita Raja Bersiung ini dan sekiranya dicabut kisah baginda maka Hikayat Merong Mahawangsa menjadi satu penulisan yang agak tempang dan sememangnya begitulah sifat hikayat. Ia mesti mempunyai cerita legenda dan mitos kerana begitulah cara masyarakat faham apa itu sejarah.

Oleh itu, adalah tidak adil sekiranya kita menolak penulisan hikayat sastera sejarah bersandarkan kepada pembelajaran kita hari ini. Jadi, adalah sesuatu yang menarik pula untuk kita tinjau siapakah Raja Bersiung ini dan mengapa kisah baginda sangat signifikan dalam hikayat ini sehinggakan ia seolah-olah menjadi satu tema yang begitu kuat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Selain itu, daripada apa yang terkandung dalam Hikayat Merong Mahawangsa yang diselenggara oleh beberapa penulis, terdapat juga sebuah lagi Hikayat Merong Mahawangsa di Singapura yang dinamakan sebagai Hikayat Raja Bersiung.

Pengenalan

1. Hikayat Melayu Negeri Kedah
2. Variasi Hikayat Merong Mahasiswa dan Teks Berkaitan
3. Hipotesis Gelaran Merong
4. Raja Bersiung
5. Penutup

Bibliografi
Indeks

Weight0.15 kg
Dimensions21 × 14 × 1 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Katemeneh Komunis

    Katemeneh Komunis

    RM38.00