Risalah Masalah Teori Sosial Moden Islam

KASSIM AHMAD (1933–2017) adalah sosok cendekiawan besar Melayu yang telah menghasilkan pelbagai karya utama dalam kefalsafahan, agama, politik dan sastera.

Republik Buku (Edisi Baru, 2024)
xxiv + 112 halaman

RM35.00

In stock

ISBN: 9789672288237 Product ID: 48000 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9789672288237
Brand: Republik Buku

Risalah Masalah Teori Sosial Moden Islam merupakan sebuah huraian Kassim Ahmad mengenai dasar Islam dalam konteks masyarakat moden, sejurus ceramah umumnya yang disampaikan di Kota Bharu, Kelantan dalam bulan Jun, 1976. Ceramah itu sendiri timbul daripada satu perdebatan yang tidak jadi antara beliau dengan seorang tokoh PAS mengenai tajuk tersebut. Lantas, beliau telah menulis semula ceramah tersebut, memperpanjangkan isi dan memperluaskan skopnya hingga menjadi satu karangan baharu dengan tajuknya telah beliau ubah menjadi “Masalah Teori Sosial Moden Islam”.

Sementara nantinya risalah ini dikembangkan Kassim Ahmad menjadi Teori Sosial Moden Islam yang lebih tegap dan tebal. Menariknya risalah ini kerana ia adalah antara naskhah awal Kassim Ahmad menulis tentang keislaman dan sebelum naskhah-naskhah kontroversialnya yang banyak diharamkan seperti Hadis: Satu Penilaian Semula. Diharapkan risalah ini akan sedikit sebanyak membuat para pembaca dapat menilai semula penilaian (atau prejudis) mereka terhadap Kassim Ahmad selama ini.

Pengenalan
Pengantar

MASALAH TEORI SOSIAL MODEN ISLAM
1. Pendahuluan
2. Mengapakan Satu Teori Sosial Moden Islam Perlu?
3. Mengapa Belum Wujud Satu Teori Sosial Moden Islam?
4. Bolehkan Satu Teori Sosial Moden Islam Wujud?
5. Punca-punca Kemunduran Umat Islam
6. Pendirian Islam terhadap Teori-teori Barat
7. Falsafah Sosial Islam
8. Konsep Pemerintahan Islam
9. Konsep Keadilan Sosial
10. Ekonomi Islam
11. Halangan-halangan terhadap Penubuhan Negara Islam
12. Kesimpulan

KONTROVERSI HUKUM HUDUD
1. Pendahuluan
2. Apakah Hukum Hudud?
3. Dua Autoriti dalam Perundangan Islam
4. Kritikan terhadap Hukum Hudud

DILEMA UMAT ISLAM: ANTARA HADIS DAN QURAN
1. Pendahuluan
2. Tiga Kategori Hadis
3. Hadis yang Bercanggah dengan Quran
4. Hadis yang Selaras dengan Quran
5. Hadis Neutral
6. Menjawab Tiga Bantahan
7. Kesimpulan

Weight0.15 kg
Dimensions19.9 × 13.1 × 1 cm
Author(s)

Edition

Reprint

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

1980, 2024

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Tiga Wajah

    Tiga Wajah

    RM35.00