Suami Isteri Naik Haji: Kembara Raja Shahabuddin dan Rahmah 1939–1940

ABDUL-RAZZAQ LUBIS adalah seorang sarjana, budayawan dan sosok yang membangunkan Areca Books.

Areca Books (Cetakan pertama, 2023)
xiii + 322 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM70.00

In stock

ISBN: 9789675719462 Product ID: 48205 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9789675719462
Brand: Areca Books

Suami Isteri Naik Haji: Kembara Raja Shahabuddin dan Rahmah 1939–1940 merupakan sebuah transliterasi catatan perjalanan mengerjakan haji pada abad ke-20, mengisi lompang (lacuna) rihlah dari Tanah Semenanjung ke Tanah Haji Hijaz al-Jazirah Arab. Kisah ini adalah satu-satunya babad haji yang ‘gender sensitive’, justeru ia menawarkan wacana tentang gerak-geri isterinya Rahmah sepanjang pertualangan mereka. Karya Raja Shahabuddin yang ditinta dalam aksara Jawi dan dicetak pada 1941 sebelum pendudukan Nippon ini hanya dapat dikesan satu sahaja naskhahnya.

Raja Shahabuddin dan isterinya Rahmah naik haji dari Malaya pada 1939–1940. ‘Peperangan Besar Eropah’ baru sahaja meledak di dunia atas angin sembari ‘U-boats’ (kapal selam Jerman) menjadi jerung yang bermaharajalela di lautan lepas. Pasangan suami isteri tersebut bertarung nyawa meredah samudera dan sekujur tanah gurun untuk mencukupkan rukun Islam yang kelima, biarpun syarak mengizinkan keuzuran mengambil kira laluan yang tidak aman dan membahayakan jiwa raga. Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah (1884–1968) menjadi saksi mata kebrengsekan nasionalisme Arab, kewujudan ‘pasar budak’ memperdagangkan gadis perawan dan kanak-kanak di Mekah, serta kerakusan puak Wahabbi meranapkan kubah-kubah kaum kerabat Rasulullah, selawat dan salam ke atasnya, di kota-kota kudus umat Islam.

Prakata

BAHAGIAN I – MUKADIMAH
1. Rihlah Raja Shahabuddin
2. Perjalanan Kapal Haji
3. Pegawai Kerajaan Naik Haji
4. Goncangan Budaya di Tanah Haji
5. Penutup

BAHAGIAN II – TEKS TRANSLITERASI
1. Peringatan Tarikh Raja Shahabuddin dan Rahmah Pergi ke Mekahatul al-Musyarafah pada Tahun 1358 Hijrah oleh Raja Haji Shahabuddin bin Raja Bilah

Pass for Mecca
Daftar Pustaka
Indeks

Weight0.599 kg
Dimensions22.9 × 15.3 × 2.3 cm
Author(s)

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

More from this Author

  • Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung

    RM110.00