Tawanan Zenda merupakan terjemahan The Prisoner of Zenda—karya agung Sir Anthony Hope, yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1894 dan sehingga kini menjadi salah satu karya sastera klasik yang terkenal. Berlatarbelakangkan kerajaan fiksyen Ruritania, kisah ini menggabungkan elemen politik, pengkhianatan, kehormatan, serta cinta yang penuh dilema. Terjemahan ini dapat membawa pembaca menyelami pengembaraan Rudolf Rassendyl di Ruritania dengan pengalaman yang tidak kalah berbeza daripada membaca edisi bahasa asalnya. Zenda adalah sebuah kerajaan kecil yang indah tetapi berbahaya, takhta dilindungi oleh sumpah dan pedang, tetapi ditusuk oleh pembelotan. Tatkala Raja dikhianati dan ditawan, seorang lelaki yang kebetulan menyerupai baginda dipaksa menyamar dan memainkan peranan yang bukan miliknya. Demi negara asing yang bergolak, dan demi seorang puteri yang tidak mungkin menjadi miliknya, dia memilih untuk berdiri di antara kebohongan dan kebenaran, menggadai namanya sendiri demi kehormatan orang lain. Di tengah konspirasi istana, cinta terlarang dan kesetiaan yang diuji, dia belajar bahawa keberanian sebenar bukan sekadar mengangkat pedang tetapi melepaskan sesuatu yang paling diingini. Kerana tidak semua pahlawan lahir dengan kemenangan. Dan tidak semua cinta menemukan keindahan.
Tawanan Zenda
ANTHONY HOPE (1863–1933) ialah penulis novel dan penulis skrip kelahiran British.
Diterjemah daripada judul asal The Prisoner of Zenda oleh DALI FAZURI
Penerbit USM (Tahun Terbit, 2025)
ix + 297 halaman termasuk Glosari
RM55.00
In stock
Catatan Penterjemah
1. Rassendyll—Sepatah Kata Tentang Elphberg
2. Tentang Warna Rambut Lelaki
3. Malam Meriah Bersama Saudara Jauh
4. Sang Raja Menepati Janjj
5. Cabaran Sang Penyamar
6. Rahsia Ruang Bawanah
7. Sang Raja Tidur di Strelsau
8. Sepupu Cerah dan Adinda Gelap
9. Kegunaan Baharu Meja Teh
10. Kesempatan Terbaik Si Penjahat
11. Memburu Babi Liar yang Sangat Besar
12. Menerima Tetamu dan Memasang Umpan
13. Laluan Peribadi ke Syurga
14. Malam di Luar Istana
15. Berbicara dengan Penggoda
16. Rencana Terdesak
17. Hiburan Tengah Malam Buat Rupert
18. Memaksa Perangkap
19. Berdepan di Hutan
20. Sang Tawanan dan Sang Raja
21. Jika Cinta Itu Segala-galanya
22. Kini, Masa Lalu—dan Akan Datang?
Glosari
| Weight | 0.444 kg |
|---|---|
| Dimensions | 22.7 × 15.3 × 1.6 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2025 |











Reviews
There are no reviews yet