Teori dan Praktis Muamalat Kontemporari di Malaysia

Penulisan bersama KAMARUZAMAN NOORDIN, ASMAK AB RAHMAN dan MOHD SHAHID MOHD NOH

Penerbit UM (Cetakan pertama, 2025)
xvi + 291 halaman termasuk Indeks

RM75.00

Only 1 left in stock

ISBN: 9789674883881 Product ID: 47957 Subject: Sub-subjects: , , , , , ,
GTIN: 9789674883881
Brand: Penerbit Universiti Malaya

Teori dan Praktis Muamalat Kontemporari di Malaysia adalah sebuah rujukan komprehensif mengenai teori dan amalan kontrak Syariah dalam muamalat kontemporari di Malaysia. Kandungan buku ini merangkumi penjelasan terperinci tentang kontrak-kontrak Syariah seperti murabahah, tawarruq, ijarah, mudarabah, musyarakah, wakalah, rahn, qard, wa’d, hibah serta beberapa kontrak lain yang diamalkan dalam industri kewangan Islam. Setiap kontrak dihuraikan secara terperinci yang merangkumi definisi, rukun, syarat, modus operandi, isu Syariah dan aplikasi praktikalnya dalam produk kewangan Islam semasa.

Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia telah menyaksikan pelbagai kontrak Syariah digunakan sebagai kontrak pendasar kepada produk kewangan yang ditawarkan dalam institusi kewangan Islam. Setiap kontrak itu digunakan bagi memastikan transaksi kewangan yang dilaksanakan mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan menjamin keadilan kepada semua pihak yang terlibat. Dalam konteks amalan muamalat yang semakin berkembang, penggunaan kontrak-kontrak tersebut bukan sahaja tertumpu kepada aspek pembiayaan dan pelaburan, tetapi juga merangkumi pelbagai instrumen kewangan moden yang disesuaikan dengan prinsip Syariah. Seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menggunakan perkhidmatan kewangan Islam, keperluan untuk memahami konsep dan aplikasi setiap kontrak ini dengan jelas dan menyeluruh semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelbagai pihak.

Buku ini dihasilkan bagi menjelaskan kontrak Syariah dalam sistem kewangan Islam serta aplikasi praktikal dalam industri kewangan semasa. Pembaca akan didedahkan dengan definisi, rukun, syarat, serta contoh-contoh aplikasi setiap kontrak yang dibincangkan secara terperinci. Selain itu, perbincangan juga merangkumi isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi dalam mengaplikasikan kontrak-kontrak ini berdasarkan perspektif Syariah. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelajar, penyelidik, pengamal industri kewangan Islam dan mereka yang ingin memahami dan mendalami konsep-konsep muamalat Islam secara menyeluruh dan mudah difahami.

Prakata

1. Sistem Kewangan Islam
2. Murabahah
3. Tawarruq
4. Ijarah
5. Bai’ Al-Dayn
6. Bai’ Istisna’
7. Bai’ Al-Sarf
8. Bai’ Bithaman Ajil
9. Bai’ Salam
10. Bai’ Inah
11. Mudarabah
12. Musyarakah
13. Wakalah
14. Qard
15. Wadi’ah
16. Hibah
17. Kafalah
18. Rahn
19. Ibra’
20. Wa’d
21. Zakat

Indeks

Weight0.454 kg
Dimensions22.9 × 15.3 × 1.7 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2025

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Kaedah-kaedah Fiqh dalam Muamalat: Asas dan Aplikasi

    Kaedah-kaedah Fiqh dalam Muamalat: Asas dan Aplikasi

    RM48.00