Wacana Sastera Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail menganalisis pelbagai genre sastera Siti Zainon Ismail yang meliputi novel cerpen, puisi, kumpulan pepatah Melayu, dan buku cerita bergambar. Setiap daripada makalah dalam buku ini membawakan pendekatan dan perspektif yang berbeza untuk setiap karya yang diteliti, malah cakupan perbincangan juga sangat luas. Kamariah Kamarudin melihat pengkaryaan Siti Zainon Ismail daripada perspektif Islam, manakala Shamsudin Othman meneliti puisi beliau daripada aspek romantis, sementara Mohd Ridzuan Harun mengaplikasikan salah satu prinsip teori Puitika Sastera Melayu. Roslina Abu Bakar dan Salmah Jan Noor Muhammad menumpukan kepada aspek komunikasi dan adab dalam berbicara. Dunia ‘Siti Kecil’ yang warna-warni telah dirungkai nilai pengajarannya oleh Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. Siti Zainon Ismail juga adalah seorang penyelidik seni budaya Melayu yang menggunakan pendekatan etnografi dalam mengumpulkan data-data kajian di lapangan, aspek ini telah dibincangkan oleh Fazilah Husin. Keluasan bidang yang dicakupi oleh Siti Zainon Ismail yang merangkumi lukisan tidak dipinggirkan daripada penelitian para pengkaji.
Wacana Sastera Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail
Disunting oleh FAZILAH HUSIN
Penerbit UPM (Cetakan pertama, 2024)
xv + 128 halaman termasuk Indeks
RM45.00
Out of stock
Prakata
Pendahuluan
1. Ilham dan Seni Kreativiti Berdasarkan Perspektif Islam dalam Pengkaryaan Siti Zainon Ismail
– Kamariah Kamarudin
2. Interpretasi Dunia Kanak-Kanak dalam Buku Cerita Bergambar Siti Zainon Ismail
– Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi
3. Watak dan Citra Pengungkapan Tampak dalam ‘100 Pepatah Petitih Melayu’
– Noor Azizi Mohd. Ali
4. Dunia Berjodoh dalam Kumpulan Puisi Kasih Bonda Kampung Paya Kami Karya Siti Zainon Ismail
– Mohd Ridzuan Harun
5. Komunikasi Terancang dalam Kepengarangan Pulau Renik Ungu
– Roslina Abu Bakar
6. Adab Persuasif kepada Khalayak: Terjelmakah dalam Puisi Siti Zainon Ismail?
– Salmah Jan Noor Muhammad
7. Romantis dalam Kumpulan Puisi Bunga-Bunga Bulan Karya Siti Zainon Ismail
– Shamsudin Othman
8. Kaedah Penyelidikan Seni Budaya Siti Zainon Ismail
– Fazilah Husin
Indeks
| Weight | 0.256 kg |
|---|---|
| Dimensions | 24 × 16.5 × 0.8 cm |
| Author(s) | Fazilah Husin, Kamariah Kamarudin, Mohd Ridzuan Harun, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, Noor Azizi Mohd. Ali, Roslina Abu Bakar, Salmah Jan Noor Muhammad, Shamsudin Othman |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2024 |















Reviews
There are no reviews yet