Warisan Tanjong Malim

Penulisan bersama MOHD. SHAFIE SYED MANSOR, RAJA AHMAD SHALABY RAJA HASSAN dan MULIATI ABDUL SAMAD

Penerbit UPSI (Cetakan pertama, 2018)
viii + 144 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM80.00

In stock

ISBN: 9789672163398 Product ID: 49295 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Warisan Tanjong Malim membawa pembaca untuk meneliti sejarah Tanjong Malim sejak awal pembukaan dan perkembangannya sehingga kini. Tanjong Malim merupakan sebuah pekan kecil, terletak di sebelah utara Sungai Bernam yang menjadi garis sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Dari segi bentuk muka buminya pula, Tanjong Malim merupakan sebuah kawasan tanah bercerun landai dan dikelilingi oleh bukit-bukau (Banjaran Titiwangsa). Kedudukannya terletak 84 km ke utara Kuala Lumpur dan 145 km ke selatan Ipoh, ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Terdapat beberapa pekan kecil yang berhampiran dengan pekan Tanjong Malim seperti Slim River (22 km), Trolak (32 km) dan Behrang Ulu (12 km). Pekan yang agak terkenal ialah Slim River yang menjadi pusat pentadbiran di daerah ini.

Tanjong Malim asalnya ialah Tanjong Jambu yang dibuka oleh orang Bugis mulai 1783.Tanjong Malim berkembang sejak pembukaan Kampung Kubu pada tahun 1870 oleh Haji Mustafa bin Raja Kamala. Nama Tanjong Malim mula digunakan secara rasminya pada 1885. Tanjong Malim adalah satu nama yang tersohor dan sinonim dengan dunia pendidikan tanah air, khususnya pendidikan guru Melayu. Di samping itu, nama Tanjong Malim menjadi terkenal kerana banyak tercatat dalam buku sejarah negara yang menyentuh tentang sejarah perang saudara, pengangkutan kereta api, penaklukan Jepun, keganasan komunis, perkembangan pendidikan, nasionalisme Melayu dan tentang bahasa dan persuratan Melayu. Pelbagai peristiwa menarik dikongsikan oleh penulis untuk tatapan pembaca. Antaranya hasil lukisan oleh Sir Frank Swettenham yang merupakan Residen negeri Perak yang banyak melakarkan peristiwa di Sungai Bernam dalam lukisannya. Begitu juga kisah menarik tentang penetapan sempadan negeri Perak dan Selangor yang ditentukan dengan cara menimbang berat air sungai di Sungai Bernam dan Sungai Bil.

Justeru, buku Warisan Tanjong Malim ini yang mengandungi banyak gambar bersejarah dan catatan peristiwa yang berlaku dan dibuktikan melalui dokumen yang sahih melalui catatan nota kaki dan bibliografi yang disediakan. Kandungan buku ini merupakan hasil kajian yang dibuat oleh para penulis seawal tahun 1978 apabila penulis pertama, Mohd Syafie Syed Mansor menghasilkan disertasi bernudul “Ulu Bernam dan Tanjong Malim 1870-1900″, di Universiti Malaa pada tahun 1989. Kemudian skop kajian ini telah dikembangkan dan dimurnikan meliputi banyak perkara dan peristiwa yang berlaku sejak awal Tanjong Malim diteroka hingga sekarang.

Prakata

1. Sejarah Awal
2. Ulu Bernam dan Tanjong Malim, 1870-1900
3. Penduduk dan Perkembangan Ekonomi
4. Sultan Idris Training College (SITC)
5. Tanjong Malim pada Zaman Darurat
6. Pembangunan di Tanjong Malim
7. Rumusan

Bibliografi
Indeks

Weight0.328 kg
Dimensions23 × 20.5 × 0.9 cm
Author(s)

, ,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2018

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In