Adat Melayu Serumpun ini amat bermakna kerana selama ini buku yang merangkumi perihal Adat Rumpun Malayu belum pernah diterbitkan untuk tatapan dan bacaan umum. Begitu juga pertemuan pemimpin dan sarjana dalam bidang Adat Melayu tidak dilaksanakan dengan sempurna. Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan Seminar Adat Melayu Serantau pada tahun 1996 sempena menyambut 600 Tahun Melaka Bandaraya Bersejarah dan ulang tahun ke 10 Muzium Budaya.
Hasil daripada seminar tersebut, dua puluh kertas kerja telah dibentangkan oleh tokoh dan sarjana berwibawa di Dunia Melayu serta empat lagi tulisan penyelidikan tentang adat perkahwinan yang kemudiannya dimuatkan dalam buku ini. Sebagai memudahkan pembacaan dan pemahaman, buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; (I) Konsep dan Tafsiran adat; (II) Amalan Adat Rumpun Melayu; dan (III) Adat Perkahwinan. Diharapkan agar buku Adat Melayu Serumpun ini menjadi rujukan dan panduan di kalangan ketua kampung atau datuk sidang penghulu menjalankan tugas sebagai ketua adat, para sarjana, pemimpin, guru serta generasi muda yang bakal mewarisi khazanah seni budaya yang sangat tinggi nilainya di sepanjang zaman. Gunakanlah warisan Adat Melayu ini sebagai pewaris jati diri bangsa Melayu yang bertamadun.
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Pengenalan
KONSEP DAN TAFSIRAN ADAT
1. Adat dan Patriotisme: Ke Arah Penubuhan Lembaga Adat Melayu Melaka dan Majlis Adat Melayu Serumpun
– Abdul Latiff Abu Bakar
2. Adat dan Patriotisme di Melaka: Satu Kajian Terhadap Perjuangan Orang Melayu Menentang British, 1825-1832
– Abdullah Zakaria Ghazali
3. Adat dan Undang-Undang
– Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid
4. Adat Melayu Mengikut Perspektif Perundangan Orang Islam di Malaysia
– Abdullah Alwi Haji Hassan
5. Dinamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu
– Khazin Mohd Tamrin
6. Adat Melayu: Kesinambungan dan Perubahan
– Norazit Selat
7. Adat Jawa dan Penerimaan di Malaysia
– Noriah Mohamed
8. Pelaksanaan Adat Melayu dalam Pancasila: Kini dan Masa Datang
– Amir Luthfi
AMALAN ADAT RUMPUN MELAYU
9. Adat Melayu Melaka
– Zainal Abidin Datuk Borhan
10. Adat Melayu Sarawak
– Awang Hasmadi Awang Mois
11. Adat Melayu Singapura
– Arif Ahmad
12. Adat Melayu Riau: Penggunaan Pantun dalam Adat Istiadat Melayu Riau
– Tenas Affendi
13. Adat dan Budaya Melayu di Pesisir Timur Sumatera
– Y.M. Tengku Lukman Sinar
14. Adat Alam Minangkabau
– H. Idroes Hakimi
15. Adat Istiadat Budaya Melayu Sambas
– H. Mawardi Rivai
16. Nilai Budaya, Tradisi dan Adat Istiadat Kelompok Etnik, Bugis di Kalimantan Barat
– Syarif Ibrahim Alqadrie
17. Adat Melayu Acheh
– Muhammad Hakim Nyak Pha
18. Adat Melayu Acheh
– Tgk Hj. Ali Hasjmy
19. Adat Melayu Mindanao
– Hafiz Faisal Abdul Karim Bacara Al-Haj
20. Adat Orang Merina Madagaskar
– Ranivoson Mohd. Taib
ADAT PERKAHWINAN
21. Adat Istiadat dan Upacara Perkahwinan Suku Banjar
– Drs. Syarifuddin
22. Proses Kegiatan Acara Pernikahan Adat Jambi
– Lembaga Adat Propinsi Jambi
23. Adat Perkahwinan di Sulawesi Selatan
– A. Nurgaya Nohong
24. Adat Perkahwinan Palembang
– Djohan Hanafiah
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Anonymous (store manager) –