Out of stock

Arkeologi di Malaysia: Sejarah, Warisan dan Kebudayaan

Penyunting:
STEPHEN CHIA
VELAT BUJENG

DBP (Cetakan Pertama, 2020)
486 halaman termasuk Indeks

RM70.00

Out of stock

Arkeologi di Malaysia: Sejarah, Warisan dan Kebudayaan mengandungi hasil kajian 27 pakar arkeologi, protosejarah dan warisan budaya negara. Penulisan mereka pasti akan memberikan faedah dan impak yang signifikan bukan sahaja kepada mereka dalam bidang arkeologi, warisan dan budaya tetapi juga kepada orang ramai yang berminat untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang sejarah dan warisan negara.

Buku ini menonjolkan penyelidikan dalam bidang arkeologi, warisan dan kebudayaan serta mendedahkan hasil penemuan yang terbaru di Malaysia. Buku ini telah berjaya mengumpulkan 19 bab yang merangkumi pelbagai bidang, iaitu arkeologi prasejarah, arkeologi protosejarah, sejarah awal, etnoarkeologi, arkeogeologi, pengurusan muzium, warisan dan budaya serta aplikasi sains dalam arkeologi. Babbab tersebut telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama mengikut kronologi arkeologi, tajuk dan kandungan bab.

Bahagian 1 mengandungi enam bab yang berkaitan dengan arkeologi prasejarah di Sabah dan Perak. Bab 1 membincangkan kajian arkeologi yang dijalankan di tapak terbuka Bingkor, satu-satunya tapak bengkel pembuatan alat batu Paleolitik yang ditemui di kawasan pedalaman barat Sabah setakat ini.

Bab 2 merumuskan bahawa tapak terbuka Paleolitik Bukit Sagang telah berlangsung semasa Zaman Paleolitik Akhir serta membuktikan bahawa bahagian utara Sabah merupakan bahagian penghujung Daratan Sunda semasa Era Pleistosen yang menjadi tempat tumpuan masyarakat Paleolitik.

Bab 3 pula membincangkan analisis sisa ikan dan penyu dari Zaman Neolitik di tapak Melanta Tutup, Semporna, Sabah.

Bab 4 menghuraikan kebudayaan material yang digunakan dalam pengebumian megalitik di Sabah, khususnya di Kampung Pogunon, daerah Penampang yang memaparkan kehidupan masyarakat etnik Kadazan Dusun pada masa dahulu.

Sementara itu, Bab 5 dan Bab 6 melibatkan aplikasi sains dalam arkeologi. Bab 5 membincangkan kajian sampel-sampel artifak litik metasedimen kerijangan dari Bukit Bunuh, Lenggong, Perak, dengan analisis makro (stereomikroskop), mikro (mikroskop elektron imbasan) dan geokimia (pendarflour sinar-X dan pembelauan sinar-X). Bab 6 pula tentang analisis sampel mineral zirkon dari kawasan Bukit Bunuh dan sekitarnya termasuk di Kuala Kangsar, Perak yang diperoleh melaha kaedah mendulang dan kaedah pengasingan graviti oleh cecair berat, iaiw bromoform.

Bahagian 2 mengumpulkan sebanyak enam bab, iaitu bab 7-12 tentang arkeologi protosejarah dan sejarah awal. Bab 7 mengupas tentang pembentukan kerajaan awal di Malaysia sejak awal abad Masihi yang dipercayai wujud daripada evolusi dan transformasi masyarakat Melayu pesisir yang hidup di pesisir pantai dan muara sungai sejak 5000 tahun hingga 6000 tahun dahulu.

Bab 8 membincangkan tapak SBIK di kompleks Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah yang mempunyai struktur seni bina jeti yang berusia sekitar abad pertama Masihi.

Bab 9 menunjukkan bahawa sumber besi telah mula digunakan sekitar 1300 tahun dahulu, iaitu berdasarkan penemuan artifak besi di beberapa tapak di Perak, Selangor, Sabah dan Sarawak. Penemuan di Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah mencadangkan teknologi pembuatan besi dengan tarikh yang sangat awal, iaitu sekitar 535 SM hingga 15 M.

Penulisan Bab 10 berkisarkan tentang istilah mata wang, jenis mata wang dan sistem mata wang yang wujud dalam masyarakat di Alam Melayu atau lebih dikenali sebagai Nusantara seawal abad ke-16.

Bab 11 menghuraikan analisis seramik dari tapak arkeologi Benat Hilir, Samarahan, Sarawak berdasarkan warna glasier, reka bentuk, jenis dan fungsi yang telah memberikan petunjuk tentang asal usul tempat penghasilannya, iaitu dari bengkel-bengkel Long kiln, Jing De Zhen kiln dan De Hua kiln yang terletak di Zhe Jiang, Fu Jian dan Jiang Xi, selatan China.

Bab 12 pula tentang seramik porselin dari tapak Sungai Padang, Papar, Sabah yang diklasifikasikan berdasarkan tipologi, motif hiasan, bentuk dan jenis. Seramik-seramik tersebut merupakan seramik dari Dinasti Ming yang berlangsung sekitar tahun 1368-1644 Masihi dan juga dari Dinasti Ch’ing sekitar tahun 1644-1912 Masihi.

Bahagian 3 mengandungi lapan bab, iaitu bab 13-20, tentang etnoarkeologi dan warisan kebudayaan. Bab 13 menghuraikan kajian etnografi pembuatan tembikar Dusun di Melangkap Kapa, Kota Belud dan Kotodon, Tongod di Sabah.

Bab 14 merupakan penulisan tentang shamanisme dalam masyarakat Orang Seletar di Johor.

Bab 15 membincangkan hubungan kepercayaan dan upacara amal dalam masyarakat Temiar RPS Pasik di Hulu Kelantan dalam pertanian padi bukit, seperti pemilihan corak adaptasi di kawasan hutan berbukit yang dianggap suci dan dihuni pelbagai semangat.

Bab 16 membincangkan peranan dan perkembangan muziummuzium di Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 2012 serta isu dan masalah penampilan budaya dan elemen kebudayaan yang terpilih, tafsiran yang sempit terhadap Islam, penonjolan budaya dalam muzium yang dipengaruhi oleh Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1970, persaingan budaya di muzium-muzium negeri dan sebagainya.

Fokus Bab 17 tentang penyelidikan arkeologi konservasi di negara ini yang dianggap masih baharu dan memerlukan banyak pembaharuan serta penambahbaikan dari pelbagai aspek.

Bab 18 menghuraikan potensi pencalonan kompleks arkeologi Lembab Bujang sebagai tapak warisan dunia UNESCO berdasarkan bukti jumpaan monumen tertua di Asia Tenggara, penemuan bukti peleburan besi awal seni bina candi, struktur pelbagai fungsi, seperti jeti, artifak perdagangan dan sebagainya yang dipercayai signifikan kepada arkeologi dunia.

Bab 19 pula berfokus pada pendekatan penyenggaraan bangunan yang diguna pakai di Malaysia pada masa kini dan melihat keberkesanannya dari segi aplikasi terhadap bangunan warisan, seperti Bangunan Residensi, Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad, Bangunan Parlimen Malaysia dan Bangunan Muzium Negara.

Weight0.735 kg
Dimensions22.8 × 15 × 2.6 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.