Out of stock

Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau

KOBKUA SUWANNATHAT-PIAN semasa persaraannya, memegang jawatan profesor dan Felo Kanan di Jabatan Sejarah, Universiti Perguruan Sultan Idris. Sebelum itu, beliau mengajar di beberapa buah institusi pengajian tinggi di Asia Tenggara termasuklah Chiang Mai University, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Gadjah Mada, dan University of Hong Kong. Beliau juga terkenal sebagai “autoriti” dalam bidang hubungan tradisi Thai-Melayu dan sosiopolitik Thai moden.

DBP (Cetakan Kedua, 2003)
257 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM24.00

Out of stock

Buku Asia Tenggara: Hubungan Tradisional Serantau adalah hasil penyelidikan penulis tentang hubungan tradisional di Asia Tenggara dari abad ke-16 hingga abad ke-19 yang wujud di kalangan pusat kuasa seperti Siam, Melaka, Myanmar, Majapahit, Vietnam, Johor. Selain hubungan dengan pusat kuasa serantau, wujud juga hubungan dengan kuasa luar seperti China, Belanda, Perancis dan British.

Penjelasan ini dapat memperbetulkan gambaran yang dibuat oleh sarjana-sarjana Barat yang hanya menekankan aspek-aspek negatif dalam hubungan serantau seperti konflik sosio-politik, peperangan dan suasana politik yang berpecah-belah. Hubungan tradisional ini menjadi asas yang kukuh kepada hubungan masa kini di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.

Pendahuluan

1. PENGENALAN
I. Mengapakah Mengkaji Hubungan Tradisional Serantau?
II. Latar Belakang Asia Tenggara Sehingga Abad ke-17
III. Ringkasan Perkembangan Pusat Kuasa Tempatan

2. HUBUNGAN TRADISIONAL HINGGA ABAD KE-16

I. Konsep Hubungan Serantau
(a) “Pandangan Dunia” Asia Tenggara
i. Konsep Perajaan
ii. Konsep Negara/Mandala
iii. Konsep Hierarki Antarabangsa
(b) Amalan Hubungan Serantau
II. Beberapa Contoh Hubungan Tradisional Serantau
(a) Hubungan Siam-Melaka
(b) Hubungan Myanmar-Siam
(c) Hubungan Majapahit dengan Negeri-negeri di Nusantara

3. CHINA DAN ASIA TENGGARA

I. China dan Konsep Tributari
(a) Kesedaran China terhadap Asia Tenggara dan Prinsip Te
(b) Sister Tributari China dan Asia Tenggara
(c) Pelaksanaan Sistem Tributari
II. Hubungan China dengan Asia Tenggara, Abad ke-13 hingga Abad ke-18
(a) Tujuan
(b) Tinjauan Hubungan Asia Tenggara-China
i. Siam
ii. Myanmar
iii. Annam
iv. Melaka
v. Jawa dan Nusantara
III. Penilaian Hubungan Asia Tenggara-China

4. KRISIS ABAD KE-17 DAN PERUBAHAN SOSIOEKONOMI DAN POLITIK

I. Gambaran Krisis Asia Tenggara
(a) Keadaan Ekonomi
(b) Keadaan Politik dan Pentadbiran
(c) Bilangan Penduduk dan Keruntuhan Masyarakat Bandar
II. Perubahan Sosiopolitik Serantau
(a) Sistem Diplomasi Serantau
(b) Sistem Sosiobudaya
(c) Perubahan Ekonomi

5. LUMRAH SOSIOPOLITIK ABAD KE-18: KERUNTUHAN DAN KENAIKAN

I. Gambaran Am
II. Perkembangan Sosiopolitik dan Hubungan Serantau
(a) Perkembangan Sosiopolitik
i. Myanmar
ii. Siam
iii. Vietnam
iv. Empayar Johor dan Tanah Melayu
v. Jawa
(b) Hubungan Serantau
(c) Hubungan dengan Kuasa Luar
i. China
ii. VOC/Belanda
iii. Sepanyol

6. TAMATNYA ERA HUBUNGAN TRADISIONAL

I. Gambaran Am
II. Perkembangan Politik
i. Myanmar
ii. Siam
iii. Vietnam
iv. Tanah Melayu
III. Penilaian Hubungan Tradisional
IV. Tamatnya Zaman Tradisional

Bibliografi
Indeks

Weight0.310 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.5 cm
Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.