Out of stock

Bagaimana Negara Kaya Menjadi Kaya dan Mengapa Negara Miskin Kekal Miskin

ERIK STEENFELDT REINERT (b. 1949 — ) adalah pakar ekonomi dari Norway, dan kini berkhidmat di University College London sebagai Honorary Professor di Institute for Innovation and Public Purpose (IIPP).

Terjemahan dari karya asal How Rich Countries Got Rich and Why Poor Countries Stay Poor oleh RAHMAH ISMAIL, ISHAK YUSSOF, dan NOR AINI HAJI IDRIS

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2016)
405 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM50.00

Out of stock

ISBN: 9789674123833 Product ID: 3772 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Bagaimana Negara Kaya Menjadi Kaya dan Mengapa Negara Miskin Kekal Miskin mengenal pasti kuasa penting kepada ekonomi dan teknologi yang perlu dimanfaatkan oleh dasar ekonomi dalam menghasilkan pertumbuhan ekonomi. Analisis Erik S. Reinert mengenai pertumbuhan juga mengakui bahawa pembangunan untuk yang kurang membangun adalah disebabkan oleh kegagalan dalam mempromosi dan mengembangkan aktiviti ekonomi yang melibatkan pulangan kepada skala yang lebih tinggi dan peningkatan kemampuan manusia, dan juga kapasiti produktif. Reinert dengan kreatifnya telah mengguna pakai ajaran ekonomi lama dalam konteks yang baru.

Apabila para penunjuk perasaan berdemonstrasi di Seattle pada tahun 1999, dan untuk beberapa kali kemudiannya, menentang Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan institusi kewangan antarabangsa yang berkaitan, protes mereka secara tidak langsungnya ditujukan terhadap kebijaksanaan konvensional — satu ortodoks ekonomi yang telah menghalalkan dan menyediakan analisis yang menyokong syarat-syarat dasar dan nasihat mereka. Berisiko untuk ditokok tambah, sepanjang dua dekad ini, teori ini mendakwa bahawa pasaran yang berperaturan sendiri akan mewujudkan pertumbuhan untuk semua, hanya jika peranan kerajaan adalah dibiarkan pada tahap minimum seperti seorang ‘pengawal malam’.

Kepercayaan ortodoks ini telah mula popular dengan kemunculan ‘stagflasi’ pada tahun 1970-an dan dengan serangan intelektual ke atas aliran Keynes dan ekonomi pembangunan. Krisis fiskal yang dialami oleh negara-negara berkebajikan semenjak tahun 1970-an dan kemudian terkuburnya ekonomi yang dirancang secara berpusat menambahkan lagi sokongan kepada kepercayaan ortodoks baru ini, walaupun eksperimen yang dibuat oleh fahaman monetaris ternyata gagal pada awal 1980an. Hari ini, hanya fundamentalis tegar yang akan berhujah sama ada menyokong ekonomi yang berperaturan sendiri sepenuhnya atau ekonomi yang diuruskan oleh pihak kerajaan.

Bagaimana Negara Kaya Menjadi Kaya berhujah bahawa pelajaran penting tentang ekonomi boleh dipelajari dengan memperbetulkan rekod sejarah. Reinert berpendapat bahawa sejarah Amerika Syarikat mempunyai kaitan ekonomi yang paling rapat dengan negara-negara miskin hari ini. 1776 bukan sahaja tahun penerbitan pertama Wealth of Nation oleh Adam Smith, tetapi juga bermulanya perang moden pertama liberalisasi kebangsaan menentang imperialisme British. “Jamuan Teh Boston” atau “Boston Tea Party” sememangnya adalah satu tindakan oleh pihak merkantil. Ahli teori ekonomi dalam revolusi Amerika tidak lain dan tidak bukan ialah Setiausaha Perbendaharaan pertama, Alexander Hamilton — sekarang diiktiraf sebagai perintis kepada apa yang sering diistilahkan sebagai ‘dasar perindustrian’.

Bayangkan keadaan ekonomi Amerika Syarikat hari ini jika Gabungan Selatan (Southern Confederacy) mengalahkan Kesatuan Utara (Northern Unionists) — sepertiga terakhir abad ke-19 tidak akan dapat melihat betapa pantasnya ekonomi AS mengalami industrialisasi. Seperti yang diakui oleh kurator muzium Smithsonian untuk Sejarah Amerika, jurang teknologi yang besar, diakui oleh para peserta Great Exhibition di Crystal Palace pada tahun 1851, tidak akan boleh dihubungkan, dan AS mungkin tidak akan menjadi peneraju ekonomi dunia pada awal kurun ke dua puluh.

Seperti yang ditunjukkan oleh Reinert, selepas Perang Dunia Kedua, Rancangan Morgenthau berharap agar dapat mempasturakan Jerman, yang kemudiannya dilihat sebagai penyebab kepada dua perang dunia. Sebaliknya, Jeneral George Marshall menyumbang kepada ‘Zaman Keemasan’ pasca-perang aliran Keynes melalui rancangannya untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dan mengindustrikan semula Barat Eropah dan Timur Laut Asia untuk memastikan satu kawasan lindungan untuk mengekang pertumbuhan ekonomi di sekeliling blok Soviet yang sedang berkembang. Sumbangan yang besar daripada Amerika untuk pemulihan pasca-perang adalah amat bertentangan dengan sumbangan bantuan negara itu sekarang, bukan sahaja dalam bentuk kuantitatif, tetapi juga dari segi “belanjawan pembiayaan kerajaan” dan memastikan ‘ruang dasar’.

Pertumbuhan ekonomi meliputi perubahan kualitatif yang ketara, bukan sahaja dalam ekonomi, tetapi juga kepada masyarakat. Mengurangkan pertumbuhan ekonomi hanya hingga ke tahap pertambahan modal dan pembahagian sumber yang lebih cekap telah menjadi formula kepada kemunduran ekonomi yang berterusan di kebanyakan negara-negara miskin. Dengan mendalamkan pemahaman kita mengenai kemajuan yang tidak seimbang dengan membuat rumusan daripada kekayaan pengetahuan beliau dalam sejarah dasar ekonomi, buku Reinert memberikan pelajaran penting dan pembacaan yang meransang.

Senarai Rajah
Kata pengantar — Jomo K. S.
Penghargaan
Pengenalan

1. Penemuan Jenis-Jenis Teori Ekonomi
2. Evolusi Dua Pendekatan yang Berbeza
3. Peniruan: Bagaimana Negara Kaya Menjadi Kaya
4. Globalisasi: Hujah Menyokong adalah juga Hujah Menentang
5. Globalisasi dan Pengkunoan: Bagaimana yang Miskin semakin miskin
6. Menjelaskan Faktor-Faktor Kegagalan: Red Herrings pada Akhir Sejarah
7. Ekonomi ‘Palliative’: Mengapa Matlamat Millenium Merupakan Satu Idea yang Buruk
8. ‘Menjadikan Aktiviti Ekonomi betul’ atau, the Lost Art of Creating Negara Berpendapatan Pertengahan

APPENDIKS

I. Teori Faedah Berbanding David Ricardo dalam Perdagangan Antarabangsa
II. Dua Kaedah Berbeza dalam Memahami Ekonomi Dunia dan Kekayaan serta Kemiskinan Negara
III. Teori Pembangunan Ketaksamaan Frank Graham
IV. Perbandingan Dua Jenis Perlindungan Ideal
V. Sembilan Point Philipp von Hörnigk mengenai Bagaimana untuk Mengatasi Negara Kaya (1684)
VI. Indeks Kualiti Aktiviti Ekonomi

Nota
Bibliografi
Indeks

Weight0.615 kg
Dimensions22.5 × 15 × 2.1 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.