Out of stock

Di Bawah Sinar Matahari

SHAHAROM HUSAIN adalah seorang bekas guru Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Beliau juga seorang sejarawan dan penggiat drama serta penulis yang prolifik. Karyanya meliputi pelbagai genre termasuk novel, skrip drama dan biografi.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2004)
231 halaman

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789679426311 Product ID: 4061 Subject: Sub-subject:

Tiga tahun lapan bulan Di Bawah Sinar Matahari Jepun. Pancaran cahayanya yang panas dan berbahang, menjadi suatu penyeksaan. Di sebalik pancaran matahari yang amat terik itu, timbul hikmat, kebaikan, keinsafan, teladan dan pengajaran. Timbul pula malapetaka, angkara Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan Bintang Tiga, yang didalangi negara yang berseteru dengan Jepun. Gajah dengan gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Berbagai-bagai malapetaka lain juga terjadi, seperti kekurangan makanan dan pakaian dan pelbagai penyakit yang terpaksa ditanggung. Ubat cara moden sukar didapati, ubat tradisional juga amat kurang. Mereka yang hidup di bawah sinar matahari pemerintahan Jepun, terpaksa bekerjasama dengan Jepun dengan mempelajari bahasa, kebudayaan dan cara hidup Jepun. Mereka juga menjadi kakitangan kerajaan, tentera dan buruh Jepun selain berkhidmat dalam perusahaan dan pertanian dengan berkebun untuk menambah hasil barang makanan. Kalau tidak mereka dikerah menjadi buruh paksa, membuat landasan kereta api maut di sempadan Siam-Burma.

Di samping kekerasan, kezaliman dan penderitaan hidup itu, ada juga kebaikan. Jepun memperkenalkan semangat hidup Yamato Damashi, iaitu hidup berdisiplin, taat setia kepada agama dan raja, bekerja keras, sanggup bekerja lebih masa dan bergotong-royong sentiasa berfikir, mencipta dan produktif. Penulis sendiri mengalami peristiwa perit ini. Novel ini juga berdasarkan potongan akhbar dan catatan siaran rasmi yang dikeluarkan oleh Jepun. Dalam novel ini diselitkan gambar yang tidak berapa terang, kerana telah enam puluh tahun dalam simpanan penulis tetapi amat bermakna bagi penulis.

Tempat peristiwa ini berlaku adalah di Singapura (Syonan-To), Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Nama dan watak dalam novel ini adalah rekaan. Kecuali beberapa nama rasmi yang mengikut siaran rasmi pemerintah masa itu. Selama tentera Jepun memerintah tidaklah semua yang berlaku adalah zalim. Malah ada yang baik dan berguna, boleh dijadikan ikutan. Kerana dalam kezaliman itu ada juga perikemanusiaan, terdapat di dalamnya pengajaran, teladan, keinsafan, hingga membawa kita akhirnya sedar dan berjuang menuntut kemerdekaan dari dijajah.

1. Bushido, Harakiri, Samurai dan Shinto-Confucius
2. Pasukan Bersenjata dan Buruh Paksa
3. Keadilan dalam Kezaliman
4. Mamoru Shinozaki
5. Kematian Laksamana Isoruku Yamamoto
6. Nama dan Jasa Yamamoto Dikenang
7. Sekolah Pendidikan Jepun
8. Perhubungan Hidup Bersama
9. Maktab Latihan Guru
10. Pengetua Bengis Hendak Berhenti Sekolah
11. Menyambut Hari Jadi Tenno Heika
12. Dai Toa Gekizyo dan Aikoku No Hana
13. Tidak Berminat Bekerja dengan Jepun
14. Tanah Perkebunan Geylang Serai
15. Memilih Pekerjaan
16. Hanya Seumur Jagung
17. Memperbanyak Bahan Makanan
18. Syonan Baru dan Kampung Fuji (Fugi-Go)
19. Tokoh-tokoh Penting
20. Tentera Pembina Tanah Air… 127
21. Setem dan Wang
22. Bom Jangka Meletup di Pelabuhan
23. Jalan Kereta Api Maut Siam-Burma
24. Mayat Berkafan Daun Pisang
25. Tembakan B-29 dan Bom Jatuh
26. Pameran Kapal Terbang B-29
27. Kemajuan Sains dan Teknologi
28. Tentera Kebangsaan India
29. Serangan MPAJA
30. Berjalan Meniti Buih
31. Cekalkan Hati
32. Dewa dan Puteri Gunung Ledang
33. Menyerah Kalah
34. Harakiri
35. Perkahwinan Saudagar Gula Melaka
36. Nurshima dan Hasunako
37. Jepun Datang Lagi

Glosari

Weight0.390 kg
Dimensions22.6 × 15 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.