Epigrafi Islam Terawal di Nusantara

OTHMAN MOHD. YATIM adalah pensyarah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

ABDUL HALIM NASIR adalah satu nama besar dalam dunia penulisan Melayu khususnya berkaitan dengan penyelidikan mengenai seni bina Melayu, rumah tradisional Melayu, masjid, sungai dan perkara yang menyentuh kosmologi Melayu.

DBP (Cetakan Kedua, 2007)
123 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM70.00

In stock

Epigrafi Islam Terawal di Nusantara memperjelaskan dengan terperinci tentang kepentingan batu nisan dan batu peringatan bagi menerangkan kewujudan masyarakat Islam di alam Melayu dan tarikh tersebarnya agama Islam di daerah ini. Karya mendedahkan pelbagai fakta baharu yang ditemui tentang sejarah Islam di berbagai-bagai daerah di Kepulauan Melayu. Umpamanya, penemuan baharu tentang kewujudan sebuah kerajaan Islam di alam Melayu yang lebih awal daripada Pasai iaitu Brunei Darussalam. Buku ini juga memperkatakan tentang kemungkinan Islam berkembang ke Brunei melalui negara China.

Di samping fakta baharu yang diketengahkan seperti di atas, Epigrafi Islam Terawal di Nusantara juga menggalurkan penemuan batu bersurat di beberapa daerah di kepulauan Melayu dan dihubungkan dengan fakta-fakta sejarah yang sudah bertulis. Kajian lain yang menarik dilakukan oleh penulis buku ini ialah percubaan mengguna bahan epigrafi untuk membuat analisis terhadap aliran sufi yang berkembang di beberapa daerah di Kepulauan Melayu pada masa lalu. Di samping itu, unsur kesenian Islam juga mendapat perhatian serius masyarakat Islam apabila mereka mengukir batu-batu bersurat tersebut, sedangkan aspek seperti itu kurang dititikberatkan lagi kini.

Fakta-fakta tentang sejarah perkembangan Islam di alam Melayu dan corak budaya Melayu Islam terkandung dalam laporan para pengembara Cina, Portugis, Arab, Belanda, British dan lain-lain. Di samping itu, karya-karya kesusasteraan Melayu lama dalam bentuk manuskrip bertulisan Jawi juga memberi beberapa petunjuk tentang sejarah dan kebudayaan Melayu Islam di rantau ini pada masa lampau. Di samping bahan-bahan di atas, terdapat sumber yang lain yang dikira amat penting dalam pengkajian sejarah dan budaya Melayu Islam di rantau ini pada masa lalu.

Sumber tersebut diistilahkan sebagai epigrafi yang merupakan keterangan sejarah yang paling konkrit dan dapat bertahan lebih lama jika dibandingkan dengan bahan-bahan bertulis yang lain. Oleh sebab cuaca di kawasan Khatulistiwa ini tidak boleh mengekalkan bahan-bahan bertulis lebih lama, kecuali batu-batu bersurat, maka kepentingan batu bersurat sangat besar ertinya untuk memberi petunjuk, khasnya tentang sejarah Islam di alam Melayu ini.

Kata Pengantar
Penghargaan
Singkatan

1. Pendahuluan

2. Pengenalan Tulisan Arab di Nusantara

3. Epigrafi: Bukti Sejarah Kedatangan Islam di Nusantara

4. Taburan Batu-batu Bersurat di Nusantara
(i) Indonesia-Acheh dan Jawa
(ii) Malaysia
(iii) Brunei Darussalam

5. Analisis Tulisan pada Batu-batu Bersurat

Penutup
Bibliografi
Indeks

Weight0.69 kg
Dimensions28.7 × 21.6 × 1.1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.