Harga Sebuah Maruah oleh Azizi Haji Abdullah merupakan pemenang Hadiah Kedua Sayembara Mengarang Novel sempena Perayaan Jubli Emas DBP. Ini kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah perkampungan terpencil, mengukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang. Mereka punya semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. Terdayakah mereka menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus pembangunan, sedangkan hidup bukan semusim sahaja, tetapi untuk selama-lamanya? Harga Sebuah Maruah, mengusap rindu rasa dan kecintaan petani kepada tanah mereka, kerana tanah ada lah segala galanya.
Harga Sebuah Maruah
Azizi Haji Abdullah (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A dan penerima anugerah MASTERA 2007.
DBP (Cetakan Kedua 2009)
382 mukasurat
RM40.00
Out of stock
| Weight | 0.343 kg |
|---|---|
| Dimensions | 18.5 × 11.2 × 2 cm |
| Author(s) | |
| Format | Paperback |
| Language | Malay |
| Publisher | |
| Year Published | 2009 |
| 5 star | 94% | |
| 4 star | 5% | |
| 3 star | 0% | |
| 2 star | 0% | |
| 1 star | 0% |
1-5 of 19 reviews
- (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review
Log In














