Hikayat Raja Muda

PAWANG ANA dikenali sebagai penutur bagi lima buah hikayat lipur lara yang cukup terkenal iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Dewa, dan Hikayat Anggun Che Tunggal.

RAJA HAJI YAHYA adalah tokoh kesusasteraan Melayu pada abad ke-20.

DBP (Ulang Cetak, 2016)
142 halaman termasuk Glosari

RM13.00

Only 1 left in stock

Hikayat Raja Muda adalah sebuah romance Melayu yang ternukil hanyalah dongeng semata-mata, dan tidak didapati unsur sejarah sedikit pun. Ada segolongan hikayat Melayu yang isinya biasanya terbagi dua, taitu bahagian yang merupakan dongeng, myth atau legend, dan bahagian yang menceritakan apa yang terjadi dalam sejarah. Bahagian pertama itu memberikan konotasi kepada apa yang terjadi berabad-abad sebelum zaman pengarang, sedangkan bahagian yang kedua itu berlaku dalam zaman pengarang itu sendiri. Sebagai contoh untuk hikayat yang semacam ini, dapat kita sebutkan Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-raja Pasai.

Hikayat Raja Muda tidak termasuk dalam golongan ini. Isinya seratus peratus dongeng, dan ‘tujuan’ cerita ini tidak untuk mencatat sejarah, tetapi untuk:menghibur. Hikayat ini tidak pula dapat digolongkan. sebagai myth atau legend, kerana myth itu selalu mempunyai sangkut-paut dengan kepercayaan—beliefs system, sedangkan legend adalah cerita yang setengah berdasarkan sejarah dan setengah angan-angan, dan biasanya menceritakan asal usul nama tempat, orang, tumbuh-tumbuhan, binatang dan sebagainya.

M.G. Emeis dalam bukunya Bunga Rampai Melayu Kuno (Bloemlezing Uit Het Klassiek Maleis) memasukkan Hikayat Raja Muda dalam golongan (3), iaitu. Hikayat-hikayat (Melayu) yang dalam bahasa Inggeris disebut romance.

Pencipta Hikayat Raja Muda ini mempunyai fantasi yang amat tinggi darjatnya. Cerita ini penuh dengan keajaiban, manusia kayangan dan hikmatnya. Unsur-unsur yang dilukiskan dalam cerita ini bercampur-aduk. Pada satu ketika kita berhadapan dengan orang Melayu sejati, kemudian kita diterbangkan ke kayangan dan bertemu muka dengan bidadari-bidadari dan menyaksikan hikmat mereka, dan dalam pada itu kita menonton adat istiadat yang sejajar dengan adat-adat Hindu pula dan ini diselang-seli oleh unsur-unsur Islam. Gejala yang seperti ini menggambarkan keadaan tipis dari fikiran orang Melayu. Manakah yang disebut orang Melayu sejati. Kebudayaan Melayu baik materi maupun rohani tidak lain dari adunan yang mesra dari beberapa unsur, jaitu animisme, Hindu dan Islam dan Barat. Yang menjadi tulang belakang untuk Hikayat Raja Muda adalah tiga unsur pertama tadi—animisme, Hindu dan Islam.

Selain itu, kesan yang kita peroleh setelah membaca hikayat ini ialah bahawa banyak di antara kejadian yang diceritakannya jtu diambil dari hikayat-hikayat lain—jika tidak diambil secara langsung, motifnya sahaja diambil dan disesuaikan dengan jalan cerita dengan sedikit perubahan. Peristiwa gajah putih mengembara mencari raja untuk negeri yang tidak beraja adalah motif tua yang terdapat dalam banyak hikayat, di antaranya Hikayat Merong Mahawangsa. Adegan Raja Muda harus memerangi tujuh orang penyamun dalam perjalanannya dengan isterinya, Puteri Bongsu, ke rumah Nenek Kebayan, mengingatkan kita kepada Hikayat Seri Rama, yang menceritakan bahawa Seri Rama harus membinasakan berbagai-bagai rintangan sebelum dapat meneruskan perjalanannya ke rumah Sita.

Hikayat seperti yang disuguhkan kepada kita ini tentu sahaja sudah merupakan versi yang baru dari hikayat asalnya. Pada akhir ceritera dikatakan bahawa cerita itu dicatat oleh Raja Haji Yahya (dari Perak) dan Pawang Ana. Mengingat zaman Pawang Ana, maka tidak hairanlah kita akan adanya gejala anakronisme (yakni sejenis gejala yang tidak sesuai dengan waktunya) dalam ceritera. Andai kata ceritera ini diturun-temurunkan tanpa pindaan, maka tidak mungkin terdapat sebutan tentang pesawat dan jentera. Hanya orang Melayu yang sudah mengalami pengaruh modenisasi dari Baratlah yang dapat menyebut-nyebut tentang pesawat dan jentera. Dalam Hikayat Raja Muda kita dihadapkan kepada — kapal terbang! Bidadari tujuh bersaudara itu mencitakan ‘sebuah balai jentera berpusing yang boleh terbang sendin yang boleh muat kita sekaliannya ini’.

Weight0.183 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.