Hikayat Raja Pasai

Diusahakan oleh RUSSELL JONES

DBP (Ulang Cetak, 2016)
129 halaman termasuk Glosari dan Bibliografi

RM13.00

Only 1 left in stock

Edisi Hikayat Raja Pasai ini diusahakan oleh Russell Jones dan diterbitkan pertama kali oleh Oxford Fajar pada tahun 1987. Sebenarnya, karya asal ini tidalah dapat ditentukan tarikh sebenar bila ianya disusun. Winstedt menjangkakan bahawa kemungkinan besar Hikayat Raja Pasai mendapat bentuknya pada abad ke-15 atau daripada suatu sumber lain pada abad ke-14. A. H. Hill bersetuju dengan tarikh yang kemudian dan menjangka tarikh penyusunan bahagian akhirnya adalah pada tahun 1383-1390 Masihi. Dengan mengambil kira semua keadaan, dapat kita ketahui, kemungkinan tarikh sebenarnya adalah pada akhir abad ke-14, yang diakui oleh Hill bahawa ada kemungkinan teks ini dahulunya telah disusun secara berperingkat-peringkat dan meliputi berbagai-bagai urutan peristiwa.

Pergerakan dan perubahan teks yang melibatkan penyalinan dalam jangka masa 400 tahun berikutnya sebelum munculnya satu salinan di Jawa pada tahun 1814, hanya dapat diteka atau dijangka. Untuk tujuan kajian manuskrip Hikayat Raja Pasai, terdapat hanya sebuah manuskrip, iaitu Raffles Malay No. 67 yang tersimpan di The Royal Asiatic Society, di London.

Bentuk manuskrip yang tersimpan di London itu tidaklah mencerminkan isinya yang unik lagi penting. Malah bentuknya juga agak kecil dan dijilid dengan kain hitam. Tiada maklumat sebenar tentang bagaimana manuskrip itu diperoleh oleh Raffles. Namun, oleh kerana salinannya bertarikh 3 Januari 1815, maka kemungkinan salinannya dibuat semasa Raffles berada di Jawa. Manuskrip itu mungkin dibawa ke England apabila beliau pulang pada tahun 1816 dan kemudiannya telah ditinggalkan kepada Lady Raffles apabila beliau meninggal dunia. Pada Januari 1830, manuskrip itu dan bersama-sama manuskrip lain telah dihadiahkan kepada The Royal Asiatic Society.

Hikayat Raja Pasai merupakan salah satu daripada teks yang dikaji untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti London dari awalnya, iaitu sejak tahun 1947. Penyusun telah diperkenalkan kepada karya itu oleh Dr. Hill pada tahun 1958. Beliau bagaimanapun telah menggunakan edisi Mead yang bertarikh 1914. Semenjak tahun 1962, edisi Dr Hill sendiri telah terbit dan sebagai penggantinya di University Sydney penyusun telah menggunakan teks itu. Mereka telah menggunakan faksimile manuskrip Melayu itu sebagai rujukan dan apabila mereka dapati bahawa edisi ini mempunyai banyak kesalahan seperti juga edisi Mead, maka mereka telah mengaturkan sebuah projek bersama di kelas untuk mentranskripsi kembali teks itu dan menambah, dalam bentuk awal, senarai nama dan lain-lain tambahan sebagai bantuan untuk pengkajiannya.

Pada tahun-tahun berikutnya Jones telah menjalankan kerja-kerja untuk meninjau kembali seluruh edisi Hill dan menyediakan bahan-bahan tambahan. Pada tahun 1967 edisi ini telah selesai untuk diterbitkan oleh Donald Moore Press Ltd. tetapi pada tahun 1970 apabila segala kerja penerbitannya diberhentikan, naskhah itu telah dikembalikan kepada Jones. Penggunaan ortografi baru Melayu pada tahun 1972 juga merupakan halangan kerana transkripsi dan bahagian nota harus disemak kembali.

Pada awal tahun 1979, Prof. Amin Sweeney telah menghubungkan penyusun dengan Cik Noriah Osman dari Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menaip kembali teks itu dengan ejaan baru. Pada pendapat penyusun amatlah baik sebagai langkah pertama untuk menerbitkan suatu edisi yang agak mudah, yang mengandungi teks Melayunya dan Daftar Kata. Cadangan ini telah diterima oleh Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. dan hasilnya terbitlah edisi ini.

Weight0.185 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.