Ingin Jadi Pujangga: Kumpulan Cerpen 1944-1991 merupakan kumpulan cerpen A. Samad Ismail yang lengkap sejak dari permulaan pengarangnya menulis cerpen dalam zaman Jepun hinggalah ke dekad 1990-an. Hampir separuh daripada 40 buah cerpen beliau mengambil latar dunia wartawan Melayu sejak zaman perang hingga ke zaman berakhirnya konfrontasi. Malah, cerpen-cerpen terawalnya dikaitkan pula dengan pergolakan politik tanah air, di samping persoalan-persoalan hidup masyarakat yang sesuai dengan konsep ASAS 50 iaitu Seni Untuk Masyarakat.
Kecuali cerpen-cerpennya dalam dua buah antologi Mastura dan Temasya Tinta, ternyata cerpen-cerpen yang lain telah pernah pertama kalinya disiarkan dalam pelbagai akhbar mingguan dan majalah bulanan seperti Utusan Zaman, Berita Harian, Mastika, Dewan Budaya dan Dewan Sastera. Cerpen-cerpennya membawa pelbagai tema yang berkaitan dengan politik, kekejaman pada zaman pemerintah Jepun, dunia wartawan yang rencam, ligat dan mencabar, dan kisah-kisah keluarga yang dikaitkan dengan realiti objektif yang wujud dalam masyarakat.
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –