Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS adalah bekas Pengarah-Pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau dikenali dengan nama International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

Ta’dib International (Terbitan Ketiga, 2019)
100 halaman

RM38.00

In stock

ISBN: 9789671570470 Product ID: 8117 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak adalah syarahan al-Attas pada Muktamar Islam Antarabangsa yang dianjurkan oleh Majlis Islam Eropa bertarikh 5 April 1976 di Royal Commonwealth Society, London. Syarahan asalnya dalam Bahasa Inggeris, yang kemudiannya risalah ini merupakan kandungannya yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh al-Attas sendiri. Menurut al-Attas, perkataan dīn berasal dari akarkata DYN, yang mengandung banyak makna-dasar yang semuanya, walau pun di antaranya kelihatan ada yang saling benentangan, namun semua makna-dasar tersebut saling berkaitan. Menurut beliau, kesemua makna-dasar yang terdapat dalam kata dīn dapat disimpulkan kepada empat: (1) keadaan berhutang; (2) keadaan takluk menyerah diri; (3) kuasa dan daya menghukum, atau daya-kuasa memberi hukuman, nilaian, dan pertimbangan; (4) bawaan kecenderungan yang sedia ada pada insan, atau kebiasaan yang menjadi adat-resam. Dalam memberikan penjelasan terhadap keempat pengertian tersebut, al-Attas mengatakan bahawa, dalam keadaan hal seseorang itu berhutang—yakni dalam keadaannya sebagai seorang dā’in, maka orang itu menaklukkan dirinya, dengan erti menyerahkan dirinya, kepada kehendak-peraturan hukum dan undang-undang mengenai perkara hutang dan perhutangan serta mematuhi segala peraturan hukum dan undang-undang itu. Keadaan demikian membayangkan pula bahawa orang yang berhutang itu telah mengenakan kepada dirinya tugas menunaikan amanah membayar balik hutangnya, tugas yang demikian itu dinamakan dayn. Dalam keadaan berhutang ia terkait dengan perkara hukuman (daynūnah) dan perkara menjatuhkan hukuman (idānah).

Menurut al-Attas juga, kata-kata al-Qur’an, yang membawa maksud: “Sesungguhnya manusia itu benar benar dalam kerugian,” bererti bahawa: “Manusia tiada mempunyai sesuatu apapun jua bagi menebus kerugiannya serta ‘membayar balik’ hutangnya, melainkan kesedaran dirinya jua yang insaf akan hakikat bahawa dia itulah sendiri yang menjadi pokok hutangnya, maka dia harus ‘membayar balik’ dengan dirinya, dia harus memulangkan, harus mengembalikan dirinya kepada Yang Empunya, Yang Memilikinya dengan mutlak. Dialah sendiri hutang yang harus ‘dibayarkan kembali’ kepada Yang Empunya, dan ‘mengembalikan hutang’ bererti menyerahkan dirinya dalam khidmah kepada Tuan Pemiliknya.” Semua makna dan maksud dāna termasuk yang saling berlawanan memberikan kemungkinan yang hanya dapat dilaksanakan dalam suasana susunan tata tertib serta peraturan kehidupan insan yang bermasyarakat dan yang kehidupannya berlandaskan kegiatan perniagaan dalam kola-kota atau bandar-bandaraya yang disebut dengan kata-kata majmuk: mudun atau madāin. Sebuah kota (madīnah) memiliki seorang hakim, seorang penguasa, atau gabenor—yang semuanya terangkum dalam makna istilah dayyān.” Demikianlah dari kata-dasar dīn yang membawa pengertian keadaan berhutang itu terbentuk makna-makna lain yang saling berkaitan seperti: merendahkan diri dalam penyerahan, menjadi hamba, dan melayan (seorang tuan); dan dari makna dasar lain yang membawa pengertian penghukum, penilai, pemerintah, raja, gabenor, penguasa yang berdaya menghukum, terbentuk makna-makna yang bermaksud menjadi kuat-perkasa, berkuasa, tuan berpangkat luhur, berdaulat agung, dan seterusnya lagi: hukuman, pertimbangan, nilaian, perintah dan titah, ganjaran, perhitungan. Menurut al-Attas juga, faham dīn pada dasarnya membayangkan adanya kecenderungan semula jadi pada diri manusia yang mendorongnya untuk berdaya usaha membentuk masyarakat dan menyusun cara hidup bermasyarakat, mentaati hukum dan undang-undang dan mencapai pemerintahan yang adil.

Selain dari huraian makna agama berdasarkan kaedah bahasa dan semantik yang tertib, dalam Islām: Faham Agama dan Asas Akhlak, al-Attas juga mempersembahkan makna-makna tersebut di dalam satu rangka tradisi pemikiran yang telah sedia terbina kukuh dalam sejarah keilmuan Islam sejak berzaman. Keharmonian huraian beliau juga jelas apabila al-Attas mengaitkan makna agama dengan faham-faham asasi yang lain dalam kerangka pandangan alam Islam seperti faham ilmu, insan, keadilan dan kesaksamaan, akhlak, persaudaraan, kebahagiaan, pembangunan dan lain-lain. Keseluruhan huraian beliau kelihatan seperti satu cosmos yang seimbang dan penuh ketertiban tanpa ada pertentangan antara satu unsur dengan unsur yang lain. Penjelasan sebeginilah yang amat diperlukan oleh masyarakat Islam sekarang dalam keadaan mereka dikelirukan dengan pelbagai huraian tentang agama yang saling bertentangan sehingga menyebabkan seluruh makna agama menjadi haru-biru, chaos dan akhirnya menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri.

Weight0.193 kg
Dimensions21.4 × 14 × 0.8 cm
Author(s)

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

    Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam

    RM38.00
  • Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality

    Islām: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality

    RM38.00
  • Islām and Secularism (Hardback)
    Out of stock

    Islām and Secularism

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM68.00RM80.00
  • On Justice and the Nature of Man: A Commentary on Sūrah al-Nisā’ (4):58 and Sūrah al-Mu’minūn (23):12-14

    On Justice and the Nature of Man

    RM38.00