Out of stock

Kamus Iban-Melayu Dewan

Terbitan khas JAWATANKUASA PERKAMUSAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DBP (Edisi Kedua Cetakan Keempat, 2020)
830 halaman

RM65.00

Out of stock

Product ID: 27011 Subject: Sub-subjects: , ,

Kamus Iban-Melayu Dewan (Edisi Kedua) memuatkan 11,530 entri dan 9,710 subentri yang dilengkapkan dengan padanan dalam bahasa Iban-bahasa Melayu. Keistimewaan kamus ini ialah: (i) Entri dan subentri diwarnakan bagi memudahkan pengguna untuk merujuknya, (ii) Sebutan bahasa Iban berasaskan International Phonetic Alphabet (IPA), (iii) Kelas kata bagi setiap entri, dan (iv) Contoh penggunaan ayat setiap entri dan subentri diberikan untuk membantu pengguna memahami sesuatu entri dan subentri dalam ayat.

Kamus ini memuatkan maklumat yang cukup banyak tentang masyarakat dan budaya suku kaum Iban dan ini tentunya menjadi daya penarik yang cukup kuat kepada penyelidik dan para akademik dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti kesusasteraan, antropologi dan sosiologi. Tentunya juga kamus ini tidak terkurang sedikit pun pentingnya kepada para penyelidik, pengkaji dan peminat bahasa untuk memberikan jawapan-jawapan yang pasti dalam hal-hal yang berkaitan dengan pemerian bahasa Melayu secara sinkronik mahupun diakronik. Tentulah juga bidang peristilahan yang cukup beruntung dengan terbitnya kamus ini, kerana kamus ini dengan sendiri dapat membantu usaha penciptaan istilah-istilah baharu dalam bahasa Melayu, yakni dalam hal mencari padanan yang sesuai bagi konsep-konsep baharu yang perlu diberi perlambangan yang sesuai, tepat dan budaya sifatnya.

Kamus Iban-Melayu Dewan disusun untuk memenuhi keperluan umum yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Kamus ini akan dapat membantu para penuntut dan pelajar bahasa Iban yang ingin mengetahui erti atau persamaan kata Iban dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kata-kata masukan utama yang disenaraikan dalam kamus ini mencakupi kata-kata umum, sejumlah kata-kata khusus mengenai adat, kepercayaan dan budaya orang-orang Iban, nama-nama tumbuhan, binatang dan juga kata-kata pinjaman yang diibankan.

Dengan terbitnya kamus ini, sejarah baharu perkamusan Iban bermula. Hal ini kerana sejak tahun 1900, hanya bahasa Inggeris dipakai sebagai bahasa sasaran semua kamus Iban yang menggunakan sumber atau bahan Iban di Sarawak. Dari sudut lain, penyusunan kamus ini dibuat menurut sistem yang umum terpakai dalam kamus-kamus terbitan masa kini. Faktor ini bukan sahaja meletakkan kamus ini setaraf dengan kamus-kamus terbitan DBP yang lain, tetapi juga yang penting, sangat menolong para pengguna.

Dalam usaha penyusunan kamus ini, sidang penyusun telah mengambil manfaat daripada bahan-bahan rujukan hasil karya beberapa ahli bahasa Iban. Yang terpenting daripadanya ialah The Iban Language of Sarawak, A Grammatical Description oleh Asmah Haji Omar. Kamus-kamus Iban yang digunakan sebagai sumber perbahanan ialah A Sea Dayak Dictionary oleh William Howel dan D.J.S. Bailey, A Dictionary of Sea Dayak oleh N.C. Scott dan An Iban—English Dictionary oleh Anthony Richards. Kamus Dwi-Bahasa, Kamus Inggeris-Indonesia oleh E. Pino dan T. Wattermans dan Kamus Dewan oleh T. Iskandar menjadi pegangan penyusun dalam aspek terjemahan ke bahasa Melayu dan pemerian erti atau persamaan kata dalam bahasa Melayu.

Kata Pengantar Edisi Kedua
Kata Pengantar Edisi Pertama
Prakata Edisi Kedua
Penghargaan Edisi Kedua
Penghargaan Edisi Pertama
Pendahuluan
Penerangan dan Petunjuk kepada Pengguna
Panduan Penggunaan Kamus
Singkatan
Kelas Kata

A — Z

Weight0.961 kg
Dimensions21.5 × 14 × 14.2 cm
Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.