Kamus Jepun-Melayu (日本語-マレー語)

Disusun oleh ZAINOL ABIDIN KASIM dan JAAFAR JAMBI

Penerbit UM (Cetakan Kedua, 2016)
148 halaman termasuk Rujukan

RM18.00

Only 1 left in stock

Product ID: 26478 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Kamus Jepun-Melayu (日本語-マレー語) mengandungi lebih daripada 6,000 perkataan bertujuan membantu pemahaman dan penggunaan bahasa Jepun dalam masa yang singkat. Kamus ini disusun dengan teliti dengan memberikan makna dalam bahasa Melayu dan juga tulisan Hiragana, Katakana dan Kanji untuk memudahkan pengguna kamus ini mengingati simbol-simbolnya.

Kamus ini mempunyai beberapa fungsi untuk memaksimumkan pemahaman pengguna laitu, untuk memastikan ejaan yang betul, memastikan erti perkataan yang sebenar mengikut konteks, memastikan sebutan yang betul kerana bahasa Jepun mempunyai bunyi panjang (long sound) dan bunyi pendek (short sound). Ini akan dapat membezakan perkataan perkataan polisemi bahasa Jepun dengan melihat tulisan Kanji bahasa Jepun.

Entri Kamus Jepun-Melayu tidak mengikut susunan huruf bahasa Jepun tetapi menggunakan pendekatan susunan abjad bahasa Melayu (A — Z). la bertujuan memudahkan pengguna menyemak makna perkataan bahasa Jepun yang dipelajari. Manakala di bahagian lampiran kamus ini ada menyenaraikan kata ungkapan ucap selamat, bilangan angka, haribulan, adjektif, bahagian-bahagian badan, warna, penjodoh bilangan dan lain-lain yang biasa digunakan dalam perbualan harian bahasa Jepun.

Sejak Dasar Pandang Ke Timur dilaksanakan kira-kira 31 tahun yang lalu, sudah begitu ramai rakyat Malaysia khususnya pelajar-pelajar mempelajari bahasa Jepun. Memandangkan hal demikian, maka penguasaan bahasa Jepun telah diberi keutamaan di kebanyakan sekolah dan institusi di Malaysia sehingga ke hari ini. Kemahiran asas seperti membaca, menulis, mendengar serta mengenal dan memahami tulisan bahasa ini secara efektif akan dapat membantu penguasaan bahasa Jepun yang tersebar luas sejajar dengan kemajuan ekonominya. Masalah mendapatkan bahan pembelajaran bahasa di zaman globalisasi ini tidak begitu sukar jika dibandingkan dengan zaman tanpa internet. Walaupun begitu, rujukan buku dan kamus secara manual juga tidak boleh diketepikan.

Prakata
Perihal Kamus Ini
Panduan Menggunakan Kamus Ini

A — Z

Lampiran
Rujukan

Weight0.146 kg
Dimensions18 × 11 × 0.9 cm
Author(s)

,

Format

Language

,

Script

Kana, Kanji, Roman

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.