Kamus Kesusasteraan

Terbitan Khas DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

DBP (Cetakan Pertama, 2015)
426 halaman termasuk Bibliografi

RM45.00

In stock

Product ID: 26923 Subject: Sub-subjects: ,

Kamus Kesusasteraan memaparkan sebanyak 795 istilah yang penting dan sering digunakan dalam dunia kesusasteraan, sama ada sastera moden atau tradisional. Semua istilah ini diterangkan secara jelas dan kebanyakannya disertakan dengan contoh tempatan dan antarabangsa untuk membantu pemahaman pengguna. Huraian yang jelas dapat mengelakkan penggunaan istilah yang salah dan mengelirukan dalam penulisan, terutamanya istilah yang jarang ditemui dalam kesusasteraan Melayu.

795 istilah sumber dan 795 istilah sasaran yang terkadang dalam Kamus Kesusasteraan merangkumi istilah kesusasteraan moden dan tradisional, malahan istilah kesusasteraan Arab, Parsi, Turki, Jerman, Perancis dan sebagainya. Kamus Kesusasteraan merupakan kesinambungan daripada Glosari Istilah Kesusasteraan yang pernah diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988. Penerbitannya lahir daripada desakan pencinta bahasa dan sastera tentang perlunya DBP menerbitkan sebuah kamus yang lengkap berkaitan dengan istilah-istilah kesusasteraan yang dapat dipertanggungjawabkan dari segi istilah dan huraiannya. Keperluan terhadap penerbitan kamus istilah dalam bidang ini sebagai bahan rujukan amat mendesak lantaran kefahaman terhadap istilah merupakan asas untuk memahami keseluruhan ilmu sesuatu bidang.

Penerbitan kamus ini bertujuan untuk menyediakan sebuah kamus yang lengkap, sistematik, praktis, dan kemas kini untuk kegunaan para pelajar, pendidik, pengkaji dan pencinta sastera secara keseluruhannya. Kamus ini sesuai untuk dijadikan sebagai panduan kepada para pengguna agar mereka lebih memahami penggunaan istilah kesusasteraan semasa berkarya, mengelakkan berlakunya penggunaan istilah yang tidak tepat atau mengelirukan, menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah sastera, serta memahami teknik dan bentuk penerapan sesuatu istilah sastera, terutamanya istilah yang jarang ditemukan dan digunakan dalam kesusasteraan Melayu. Selain itu, usaha penerbitan kamus ini diharapkan dapat membuktikan kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana pengungkapan ilmu merentas bidang di negara ini.

Kata Pengantar
Pendahuluan
Pedoman Penggunaan: Kamus Kesusasteraan

Kamus Kesusasteraan A-Z

Daftar Istilah Kamus Kesusasteraan Bahasa Sumber-Bahasa Melayu

Bibliografi

Weight0.627 kg
Dimensions22.3 × 14.7 × 2.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.