Kamus Melayu-Khmer Dewan (វចនានុក្រម ម៉ាឡាយូ-ខ្មែរ រដវ៉ាន) mengandungi 6,218 entri dan subentri yang terdiri daripada kata-kata umum dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan dalam penulisan dan pertuturan sehari-hari. Kamus ini turut memuatkan kata-kata istilah yang diterima pakai dalam bidang tertentu, yang sering kedapatan dalam akhbar, buku dan sebagainya serta diketahui ramai. Penyusunan kamus ini yang lengkap dengan pelbagai maklumat seperti sebutan, kelas kata, padanan dan contoh penggunaan diharapkan dapat membantu pengguna khususnya masyarakat Kemboja menguasai bahasa Melayu dengan lebih mudah dan berkesan, selaras dengan visi menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia.
Kamus Melayu-Khmer Dewan disasarkan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelajar serta masyarakat Kemboja khususnya, yang bahasa pertamanya ialah bahasa Khmer tetapi berminat untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua/asing. Kamus ini juga dilengkapkan dengan panduan carian subentri untuk membantu pengguna yang menghadapi kesukaran untuk membuat carian sesuatu subentri kerana tidak dapat mengenal pasti kata dasarnya. Oleh yang demikian, pengguna boleh mengetahui kedudukan subentri yang hendak dirujuk berdasarkan kata dasar yang diberikan.
Reviews
There are no reviews yet