Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Manuskrip Lama

Disunting oleh:
DING CHOO MING
HENRI CHAMBERT-LOIR
TITIK PUDJIASTUTI

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2014)
185 halaman termasuk Indeks

RM35.00

In stock

Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Manuskrip Lama

Ternyata sudah ada peningkatan minat ke atas kearifan dalam manuskrip yang diwarisi itu dalam R & D, permodenan, malah pembinaan identiti bangsa dan negara. Peningkatan minat itu juga disebabkan sudah tercetus kesedaran baru bahawa tindakan tegas perlu dibuat untuk melindungi dan mempertahankan kearifan, sejarah, memori, sejarah dan akal budi dalam manuskrip Nusantara dalam saat negara kita berdepan dengan arus pembaratan, Eropahisasi, Amerikanisasi, dan globalisasi.

Tema utama seminar MANASSA yang diadakan di Bima pada 26-29 Julai 2009 ini yang memberi perhatian khusus kepada topik Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Manuskrip Lama juga disebabkan kita mendapati semakin lama semakin ramai orang telah menerima nilai dari negara barat, selain mengimpot standard dari negara barat, malah berhijrah ke negara barat di satu pihak, sementara kita juga mendapati menonjolkan kearifan lokal dalam kebudayaan kita adalah satu cara praktikal dalam mempertahankan imej dan identiti kita di satu pihak yang lain. Ini bukan disebabkan nilai peribumi Nusantara lebih tinggi daripada yang ada di negara barat, tetapi apa yang kita warisi dan punyi itu adalah yang unik. Keunikan kebudayaan itulah yang membuat kita berbeza daripada bangsa lain. Dengan kata lain, Kearifan lokal dalam kebudayaan kita, termasuk ritual, muzik, sastera, bahasa, seni dan pertukangan itulah yang telah membentuk imej dan identiti kita selama ini.

Daripada perspektif yang lebih luas, kebudayaan yang kita warisi itu adalah kuasa pengikat yang akan menjamin perpaduan masyarakat dan keharmonian hidup kita. Kuasa itu perlu dimanafaatkan untuk membantu kekuatan politik dan nilai agama dalam meningkatkan kesejahteraan hidup dan kemakmuran negara kita. Dalam konteks ini , manuskrip nusantara yang lahir dari kesedaran, jiwa, rasa dan selera orang peribumi wajar diberi perhatian serius dan dibanggakan.

Tetapi, kini generasi muda kita sudah tidak berminat denganya, maka tidak merasa megah dan bangga dengan warisan kita dari masa lampau. Tanpa merasa megah dengan warisan, memori dan sejarah masa lampau, generasi muda itu boleh diibaratkan sebagai kapal yang sudah kehilangan kompas, maka mudah sesat dan karam dalam samudera globalisasi yang kita harungi.

Weight0.284 kg
Dimensions22.9 × 15.1 × 0.9 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.